Pencarian Pasukan UMS ke Impact Digital Community Tourism (IDCT) 2.0 Bermula!

 

Pengumuman Daripada: Pusat Pembangunan Kerjaya dan Keusahawanan

 

PENCARIAN WAKIL UMS KE PROGRAM IDCT 2.0! 
 
Adakah anda berminat memacu pelancongan komuniti melalui teknologi digital & AI?
Inilah peluang anda untuk mewakili UMS dalam Impact Digital Community Tourism (IDCT) 2.0, sebuah program nasional anjuran KPT & UNIMAS.
 
Apa yang anda akan dapat:
✅ Latihan pemasaran digital & AI (online & bootcamp 3H2M)
✅ Dana projek RM 3,000 setiap pasukan
✅ Mentor & bimbingan pakar
✅ Peluang menang hadiah RM 3,000 & pingat kebangsaan
✅ Sijil penyertaan & pengalaman berharga
 
Kriteria Penyertaan:
📌 5 orang pelajar (bukan tahun akhir dan digalakkan seorang ahli pasukan berasal daripada komuniti yang dipilih ) + 1 mentor (pensyarah UMS) 
📌 Minat dalam pelancongan komuniti & pemasaran digital
📌 Bersedia untuk berkomitmen sepanjang program ( sehingga Jun 2026)
 
Tarikh Tutup Pendaftaran: 2 Oktober 2025 (Khamis, 11:59pm)
 
Daftar Sekarang!
Imbas QR Code pada poster atau klik pautan https://forms.gle/EbV4sfYh6hZdD1EdA untuk hantar nama pasukan anda.
 
Mari kita bawa produk pelancongan komuniti ke peringkat global melalui pemasaran digital & inovasi teknologi!
 
pertanyaan lanjut sila hubungi staff CEDeC di:
0134061004
0143533648
0167768285
 
#UMS #UniversitiMalaysiaSabah #SIswapreneurUMS #CEDECums