Pelancaran E-Buletin Edisi 1 Kontinjen Twin Tower Sempena Karnival Sukan Staf UMS (KARSUMS) 2025

 

Pengumuman Daripada: Pejabat Canselori

 

 

E-Buletin Edisi 1 Kontinjen Twin Tower telah dilancarkan dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Twin Tower sempena Karnival Sukan Staf UMS (KARSUMS) 2025 pada 18 September 2025 (Khamis). 

 

Majlis penuh simbolik ini disempurnakan oleh YBrs. Encik Luqman Ridha Anwar dan turut dihadiri oleh Ketua Kontinjen Twin Tower, Encik Hasmi Hashim, Pengarah Pejabat Canselori dan turut dihadiri Encik Sirahim Abdullah, Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Dr. Rizal Zamani Idris, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat (PKK) dan wakil daripada Jabatan Bendahari, Puan Siti Khadizah Yaakub.

 

E-Buletin Kontinjen Twin Tower merupakan sebuah terbitan yang menghimpunkan pelbagai momen menarik sepanjang karnival sukan bermula dari proses pemilihan sukan, sesi latihan intensif, pasukan sorakan yang penuh semangat hingga ke detik mendebarkan perlawanan. Setiap halaman menggambarkan komitmen, kerjasama dan semangat juang para peserta yang bukan sahaja bertanding untuk menang tetapi juga untuk memperkukuh silaturahim sesama staf.

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Editor dan juga Penulis e-Buletin Kontinjen Twin Tower sempena Karnival Sukan Staf UMS (KARSUMS), Encik Elizer Ezral Dunsing dari Jabatan Bendahari di atas dedikasi, komitmen dan usaha gigih dalam menerbitkan e-buletin ini yang telah berjaya merakamkan detik-detik indah dan semangat kesukanan warga UMS khususnya di Bangunan Canselori.

 

Pautan E-Buletin Kontinjen Twin Tower:

https://online.fliphtml5.com/TwinTowerKARSUMS/jedr/

 

#BukanCincai

#BertekadCemerlang

#UMSTheBrainofBorneo