Pengumuman Daripada: Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Prof./Tuan/Puan/Encik/Cik,
Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS) sedang melaksanakan dua inisiatif kebajikan bersempena usaha membantu kebajikan pelajar, iaitu:
- Program Sumbangan Dapur Siswa UMS
Program ini diwujudkan bagi membantu pelajar yang memerlukan dengan menyediakan bekalan makanan asas di kolej kediaman. Sumbangan boleh disalurkan melalui pautan yang disediakan atau dengan mengimbas kod QR dalam poster rasmi kempen. - Kempen “1 Staf 1 Kampit Beras”
Kempen ini menggalakkan setiap staf UMS untuk menyalurkan sumbangan berupa sekampit beras atau sumbangan tunai bagi tujuan pengisian Dapur Siswa. Sumbangan kecil anda amat bermakna dalam memastikan kebajikan pelajar sentiasa terpelihara.
📍 Cara Menyumbang:
Sumbangan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:
🔗 https://epayment.ums.edu.my/DapurSiswa.aspx
Atau melalui kod QR yang disediakan di poster hebahan rasmi.
Sumbangan boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:
🔗 https://epayment.ums.edu.my/DapurSiswa.aspx
Atau melalui kod QR yang disediakan di poster hebahan rasmi.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:
📧 Encik Edwin Lumbating
📞 011-31422259 (Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar)
📧 Encik Edwin Lumbating
📞 011-31422259 (Pusat Pengurusan NR dan Fasiliti Perumahan Pelajar)
Terima kasih atas keprihatinan dan sumbangan anda.
Setiap sumbangan, walau sekecil mana pun, amat besar ertinya bagi membantu kesejahteraan pelajar UMS.
Sekian, terima kasih.


