Jemputan Menghadiri Program Telaah@UMS Sempena Program Bacaan@Borneo UMS Tahun 2025

 

Pengumuman Daripada: Perpustakaan UMS

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

 
2.   Sukacita dimaklumkan bahawa sempena dengan program Baca@Borneo UMS, Jabatan Perpustakaan UMS akan mengadakan sesi Telaah@UMS yang bertujuan untuk menyemarakkan budaya membaca dan penghayatan ilmu kepada masyarakat kampus dan komuniti. 
 
3.   Sehubungan itu, dengan sukacitanya tuan/puan dijemput untuk hadir ke program tersebut yang akan diadakan pseperti ketetapan berikut: 
 
Telaah@UMS Siri 4
Tarikh: 19 November 2025 (Rabu)
Masa: 2:30 Petang 
Tempat: Ruang Majlis, Jabatan Perpustakaan
Panel: Profesor Madya Dr. Lai Yew Meng (Penulis Buku) dan Profesor Madya Ts. Dr. Ejria Saleh (Penulis Buku)
Moderator: Dr. Intan Soliha binti Ibrahim
Tajuk Buku: Pulau Layang-layang, Malaysia's Gem In The South China Sea