Penyata Saraan daripada Penggajian Bagi Tahun Berakhir  31 Disember 2025 (Borang EC) untuk Tujuan Cukai Pendapatan

 

Pengumuman Daripada: Jabatan Bendahari

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

 

YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

 

Adalah dimaklumkan bahawa Borang EC tahun 2025 kini boleh dimuat turun daripada Kinabalu Portal UMS melalui pautan berikut:

 

     https://iics.ums.edu.my 

MENU ▶️ EC FORM

          ATAU melalui

Aplikasi UMS Go Super App

  Menu ▶️ FINANCE ▶️ EC FORM

 

Sehubungan itu, YBhg. Prof. Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk membuat semakan dan memaklumkan sekiranya terdapat sebarang pindaan atau perubahan terhadap Borang EC berkenaan selewat-lewatnya pada atau sebelum 09  Februari 2025 (Isnin) untuk tindakan Jabatan ini selanjutnya bagi memastikan data pengajian bagi tahun berakhir 31 Disember 2025 dapat dikemukakan dengan lancar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 

Sebarang perubahan atau pertanyaan berkaitan Borang EC 2025 bolehlah berhubung di talian ☎️ 088 - 320 000 sambungan 200519 atau melalui alamat emel kepada 📨 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

 

Sekian, terima kasih.

 

Bahagian Bayaran Pembekal & Kakitangan

Jabatan Bendahari

03 Februari 2026