JEMPUTAN KEPADA AHLI TISC UNTUK MENDAFTAR BAGI MENYERTAI WIPO ACADEMY ADVANCED DISTANCE LEARNING COURSES

PENGUMUMAN DARIPADA
: SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI
SUBJEK
: JEMPUTAN KEPADA AHLI TISC UNTUK MENDAFTAR BAGI MENYERTAI WIPO ACADEMY ADVANCED DISTANCE LEARNING COURSES
PEGAWAI DIHUBUNGI
1. DR. AZAZE @ AZIZI BIN HJ. ABDUL ADIS- Ext. :1171,       
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.                                                              
2. PN. ROZAIDAH AMIR HUSSEIN- Ext. :1631,
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3. CIK MASRINA BINTI MAUJAR- Ext. :1034,
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
                            
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa PPI, UMS telah menjadi Host Institution di bawah  program Technology and Innovation Support Centres (TISC). Program ini adalah kerjasama antarabangsa di antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bersama World Intellectual Property Organisation (WIPO). Objektif utama kerjasama ini adalah untuk pembangunan dan pengembangan inovasi dan harta intelek di Malaysia. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak WIPO Academy telah membuka pendaftaran sehingga 4 Mac 2016 kepada ahli TISC untuk menyertai program latihan Distance Learning (DL) secara tajaan. Sehubungan itu, YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah di alu-alukan untuk mendaftar bagi menyertai program tersebut dan memaklumkan kepada pihak PPI sekiranya telah mendaftar. Turut dimaklumkan bahawa, pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk memberikan komitmen dan menghabiskan latihan ini memandangkan peserta diberikan biasiswa (pengecualian yuran) serta dianggap mewakili UMS di peringkat WIPO. Bersama ini dilampirkan maklumat berkaitan program sebagai panduan pendaftaran dan rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan. Sebagai makluman, bagi maklumat ‘Director of IP Office’ sila masukkan butiran seperti berikut:
 
Prefix: PROFESSOR DR.
First name: FELIX
Last Name: TONGKUL
Telephone Number: 088-320393
Fax: 088-320127
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.