MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA PROGRAM DAKWAH BIL HAL DAN ZIARAH KEBAJIKAN SAUDARA BAHARU DI KG. TELUTU, PITAS

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK
: MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA PROGRAM DAKWAH BIL HAL DAN ZIARAH KEBAJIKAN SAUDARA BAHARU DI KG. TELUTU, PITAS
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS SEMPENA PROGRAM DAKWAH BIL HAL DAN ZIARAH KEBAJIKAN SAUDARA BAHARU DI KG. TELUTU, PITAS
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
02.       Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Program Dakwah Bil Hal dan Ziarah Kebajikan Saudara Baharu di Kg. Telutu, Pitas pada ketetapan seperti maklumat yang berikut:
 
            Tarikh         : 16 – 18 Mac 2016
            Hari             : Rabu sehingga Jumaat
            Tempat        : Kg. Telutu, Pitas
 
03.     Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon sumbangan ikhlas daripada Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan sama ada dalam bentuk wang tunai atau kit kelengkapan ibadah dan kit keperluan asas untuk diagihkan kepada saudara baharu tersebut. Bersama-sama dengan surat ini, dilampirkan borang sumbangan untuk rujukan dan tindakan pihak Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan selanjutnya.
 
04.     Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Ustaz Md Nazrie Petir di talian H/P: 014-8660654 atau No. Pejabat 088-320000 Samb : 2747. Kerjasama dan perhatian Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini, terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
 
Sekian,
 
جزاكم الله خير الجزاء
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.