PENAWARAN PROGRAM SARJANA (KERJA KURSUS) DAN IJAZAH SARJANA MUDA BAGI SESI KEMASUKAN SEPTEMBER 2016

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT LUAT UMS
SUBJEK
: PENAWARAN PROGRAM SARJANA (KERJA KURSUS) DAN IJAZAH SARJANA MUDA BAGI SESI KEMASUKAN SEPTEMBER 2016
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) kini membuka permohonan kemasukan ke program Ijazah Sarjana (Kerja Kursus dan Mod Campuran) serta Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi ambilan kemasukan September 2016.
 
PLUMS mempelawa kakitangan Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang berminat dan berkelayakan untuk mengikuti program pengajian di Kampus UMS Kota Kinabalu, Kampus UMS Sandakan, Kampus Antarabangsa UMS Labuan dan pusat pembelajaran PLUMS Tawau.
 
Bagi memenuhi keperluan majikan, PLUMS menawarkan pendekatan pendidikan anjal di mana jadual kuliah adalah di reka bagi memenuhi keperluan golongan berkerjaya manakala para pensyarah PLUMS adalah merupakan tenaga pengajar UMS yang berpengalaman dan juga pensyarah undangan yang berkaitan. Selain itu, program yang ditawarkan oleh PLUMS adalah diiktiraf oleh Malaysian Qualification Agency (MQA) dan kandungan kursus adalah sama seperti yang diajarkan kepada pelajar sepenuh masa di Universiti ini.
 
Calon-calon boleh melayari laman web PLUMS di http://plums.ums.edu.my atau menghubungi pejabat kami di talian terus 088-314600 atau 088-314601 atau sambungan 612605/612608/612616  untuk maklumat lanjut.
 
Segala kerjasama dan perhatian dalam menghebahkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.