JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ 1437H/2016M

PENGUMUMAN DARIPADA
: PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK
: JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ 1437H/2016M
 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
 
YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH SEMPENA SAMBUTAN ISRA’ DAN MI’RAJ 1437H/2016M
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2. Sukacita dimaklumkan bahawa UMS melalui Pusat Islam akan mengadakan ceramah sempena sambutan isra’ dan mi’raj pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
Tarikh
: 5Hb Mei 2016M/27 Rejab 1437H
Masa
: 6.30 Petang (Selepas Solat Maghrib)
Tempat
: Masjid UMS 
Penceramah
: Ustaz Abdul Rahman Bin Yaakob 
Tajuk Ceramah
: Ibrah Isra’ Mi’raj Kepada Penuntut Ilmu
 
3. Sehubungan dengan itu, kerjasama YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipohon agar dapat memanjangkan jemputan ini kepada semua kakitangan muslim di bawah seliaan YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan. Semoga kehadiran YBhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan ke majlis ini dapat mengimarahkan lagi Masjid UMS seterusnya mendapat ganjaran pahala daripada Allah S.W.T.
 
Sekian dan Terima Kasih.