Pengemaskinian maklumat penerbitan pensyarah di Google Scholar

Pengumuman Daripada

: Jawatankuasa Webometrik

Subjek

: Pengemaskinian maklumat penerbitan pensyarah di Google Scholar

Salam sejahtera.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan keputusan Mesyuarat JK Laman Web UMS Bil 2/2016 Kali ke-23 pada 03 Mei 2016 adalah dirujuk.

Tujuan utama aktiviti ini adalah :

  • Untuk memastikan maklumat penerbitan pensyarah di Google Scholar adalah betul dan tepat.
  • Untuk mempromosi kepakaran pensyarah universiti.
  • Meningkatkan impak akademik terhadap pensyarah universiti.
  • Meningkatkan keterlihatan UMS di peringkat global

Penilaian Kedudukan 2000 teratas di Google Scholar (GSC) telah dijalankan oleh Webometrik bermula Disember 2015. Semua institusi disenaraikan adalah tertakluk kepada perkara berikut :

  1. Senarai (profil) teratas akan dikecualikan dari pengiraan. 9 profil selanjutnya akan diambilkira di dalam menentukan kedudukan (ranking) institusi dan disusun mengikut susunan menurun (descending) Jika terdapat profil berulang, hanya profil yang terbaik akan digunakan sebagai denda kepada keberulangan maklumat.
  2. Penyenaraian profil peribadi di dalam pangkalan data GSC adalah perlu untuk membantu mempromosi pensyarah itu sendiri dan juga universiti. Tanggungjawab untuk memastikan maklumat adalah benar dan betul adalah tanggungjawab pensyarah. GSC akan mengemaskini maklumat penerbitan pensyarah secara automatik dan sangat praktikal, justeru pensyarah adalah dituntut untuk memastikan ketepatan dan melaksanakan pengemaskinian secara berkala.
  3. Pasukan Pelaksana Webometrik akan memantau aktiviti ini. Senarai pendaftaran pensyarah di Google Scholar (GSC) diemelkan kepada webmanager dan PP di fakulti masing-masing.

Untuk makluman, *kedudukan UMS adalah seperti berikut :

Ranking DUNIA

Ranking MALAYSIA (UA)

Institusi (UA)

Negara

Sitasi

468

1

Universiti Sains Malaysia

MALAYSIA

89405

579

2

Universiti Malaya

MALAYSIA

67971

668

3

Universiti Teknologi Malaysia

MALAYSIA

56083

757

4

Universiti Kebangsaan Malaysia

MALAYSIA

46664

884

5

Universiti Putra Malaysia

MALAYSIA

35662

914

6

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

MALAYSIA

33780

1368

7

Universiti Malaysia Sarawak

MALAYSIA

15302

1384

8

Universiti Teknologi MARA

MALAYSIA

15124

1543

9

Universiti Malaysia Sabah

MALAYSIA

12064

1634

10

Universiti Malaysia Perlis

MALAYSIA

10523

1638

11

Universiti Malaysia Pahang

MALAYSIA

10468

1905

12

Universiti Malaysia Terengganu

MALAYSIA

7304

2037

13

Universiti Teknikal Malaysia Melaka

MALAYSIA

6205

* Sumber dari http://www.webometrics.info/en

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.