PENJUALAN TIKET CABUTAN BERTUAH SEMPENA PROGRAM SUKANEKA TADIKA PUSAT MINDA LESTARI, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENGUMUMAN DARIPADA
: PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU PUSAT MINDA LESTARI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK
: PENJUALAN TIKET CABUTAN BERTUAH SEMPENA PROGRAM SUKANEKA TADIKA PUSAT MINDA LESTARI, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
PEGAWAI DIHUBUNGI
: PUAN SITI JULIYANA (016-583 1659)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Minda Lestari dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan menganjurkan Program Sukaneka Tadika Minda Lestari 2016 pada 26 Mei 2016 (Khamis ) di Kompleks Sukan UMS, Universiti Malaysia Sabah.
Untuk makluman YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, program sukaneka ini merupakan julung-julung kalinya diadakan. Sukaneka ini bertujuan untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Sukaneka juga salah satu alternatif untuk menjadikan kanak-kanak tersebut aktif dan seronok menjalankan aktiviti yang menarik dan produktif.
Sehubungan itu, penjualan tiket Cabutan Bertuah sempena program sukaneka ini akan bermula pada 17 Mei 2016 (Selasa) di pintu masuk Taska, Tadika dan Daycare Universiti Malaysia Sabah. Tiket cabutan bernilai RM2.00. 
Kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan mengenai perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.