PEMBUKAAN PERMOHONAN PROGRAM MALAYSIA COLLABORATION (MYLAB) BIL.1/2016, JABATAN PENDIDIKAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS TINGGI (KPT)

Pengumuman Daripada
: Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Subjek
: Pembukaan Permohonan Program Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (MyLAB) Bil.1/2016, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
 
Dimaklumkan bahawa, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melancarkan program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) sebagai langkah menyahut hasrat kerajaan untuk meningkatkan jaringan kolaborasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program MyLAB menyasarkan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu dan sumber secara sistematik. Sehubungan dengan itu, sukacita dimaklumkan bahawa permohonan Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) Bil.1/2016 sedang dibuka kepada semua Universiti Awam mulai 1 April 2016 sehingga 30 Jun 2016. Universiti Swasta dan Institut Penyelidikan boleh dijemput sebagai ahli kolaborasi projek oleh Ketua Projek.
 
Bersama-sama ini disertakan Garis Panduan Permohonan Program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) Bil.1/2016 dan Borang Permohonan MyLAB Bil.1/2016 (Lampiran A) yang juga boleh dimuat turun daripada laman web Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) http://mygrants.gov.my/. Setiap permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan enam (6) salinan kertas cadangan yang lengkap (full proposal) dengan menggunakan format seperti di Lampiran B. Softcopy Kertas cadangan yang lengkap tersebut juga perlu disimpan di dalam (compact disc / pen drive) dan dihantar kepada PPI selewat-lewatnya pada 15 Jun 2016. Pihak PPI akan melaksanakan proses penilaian sebelum permohonan dimajukan kepada pihak KPT pada 30 Jun 2016. Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan urusetia PPI seperti berikut:
1) Dr. Azaze @ Azizi bin Haji Abdul Adis, samb. 1171 (email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
2) Pn. Rozaidah Amir Hussein, samb. 1631 (email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.