Iklan Jawatan Sambilan Pensyarah/Jurulatih/Demonstrator Sambilan Kursus Kokurikulum Sesi 2016/2017

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR
 
IKLAN JAWATAN SAMBILAN
PENSYARAH/JURULATIH/DEMONSTRATOR SAMBILAN
KURSUS KOKURIKULUM
SESI 2016/2017
 
 
Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (PKPP) mempelawa pemohon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan
sambilan bagi kursus kokurikulum yang disenaraikan dalam bidang seperti berikut (rujuk jadual mengikut bidang):
 
  • Bidang Beruniform dan Badan Penyelamat
  • Bidang Kepimpinan dan Kemasyarakatan
  • Bidang Kebudayaan dan Kesenian
  • Bidang Sukan dan Rekreasi
  • Bidang Bisnes, Agrotek dan Teknologi
  • Bidang Wajadiri
 
Kod lokasi kampus kursus ditawarkan adalah seperti berikut (bertanda √ dalam jadual):
 
  • BKI: Kampus Induk (Kota Kinabalu)
  • LBU: Kampus Antarabangsa Labuan
  • SDK: Kampus Sandakan
 
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia Sabah (PKPP), sila layari laman
 
 
CARA MEMOHON:
 
Permohon hendaklah menghantar satu (1) BORANG PERMOHONAN JAWATAN SAMBILAN Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar Universiti Malaysia yang telah lengkap diisi dan dua (2) salinan RESUME / CURICULUM VITAE (CV) berserta satu (1) keping gambar terkini berukuran passport ke alamat yang dinyatakan di bawah.
 
Semua permohonan hendaklah disertakan besama-sama dengan salinan dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

 

  • SALINAN KAD PENGENALAN
  • SALINAN SIJIL KELAHIRAN
  • SALINAN SIJIL/DIPLOMA/IJAZAH BAGI KELAYAKAN YANG DISYARATKAN
  • SALINAN TRANSKIP DIPLOMA/IJAZAH
  • SALINAN SIJIL-SIJIL YANG BERKAITAN DENGAN PERMOHONAN
 
Pemohon yang terdiri daripada kakitangan sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui ketua jabatan masing-masing dan pastikan salinan kenyataan perkhidmatan yang dikemaskini dan laporan penilaian prestasi tahunan disertakan bersama. Permohonan yang tidak mengikut prosedur tersebut tidak akan dipertimbangkan.
 
Pemohon yang terdiri daripada kakitangan sedang berkhidmat dalam perkhidmatan swasta hendaklah mengemukakan permohonan melalui ketua jabatan masing-masing, sekiranya dikehendaki oleh pihak majikan. Permohonan yang tidak mengikut prosedur tersebut tidak akan dipertimbangkan.
 
CATATAN AM:
 
  • Pemohon yang tidak menerima sebarang maklumbalas selepas tempoh dua (2) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
 
  • Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.

 

  • Pemohon yang berjaya wajib menghadiri satu bengkel kejurulatihan atau “Training of Trainers” (TOT) yang akan dilaksanakan sebelum sesi akademik 2016/2017 bermula.

 

  • Kursus Kurikulum di Universiti Malaysia Sabah lazimnya diadakan pada hujung minggu (Sabtu atau Ahad) sepanjang sesi akademik berlangsung.
 
  • Dari masa ke semasa, tenaga pengajar juga akan dipanggil ke mesyuarat yang diadakan di pejabat Pusat Kokurikulum dan Pemajuan Pelajar pada masa waktu pejabat pada hari bekerja.
 
ALAMAT MENGHANTAR PERMOHONAN:
 
Permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada:
 
PENGARAH
PUSAT KOKURIKULUM DAN PEMAJUAN PELAJAR (PKPP)
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
JALAN UMS
88400 KOTA KINABALU, SABAH
NO TEL. :088-320 000 (Sambungan:4106/4105)
NO FAKS: 088-320 885
 
TARIKH TUTUP: 17 JUN 2016 (SEBELUM JAM 5.00 PETANG)
 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.