SUMBANGAN IKHLAS MANGSA KEBAKARAN, KG. TANJUNG KAPUR, KUDAT

TAJUK PROGRAM : SUMBANGAN IKHLAS MANGSA KEBAKARAN, KG. TANJUNG KAPUR, KUDAT.
 
Pegawai dihubungi :
  1. Pn Fauziah Ismail (hp: 0138883765)
  2. Cik Rosmina Jaafar Sidik (hp: 0138805400)
Pejabat Pentadbiran FPSK, Blok A1, Aras 2, Bangunan FPSK
 
Assalamualaikum W.W tuan/puan.
 
Berikutan insiden kebakaran yang memusnahkan kira-kira 80 buah rumah di Kampung Tanjung Kapur, Kudat pada 25hb Jun 2016, jam 1 pagi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) dengan kerjasama Persatuan Perubatan Desa Sabah (PERDESA) dan Kelab Sukarelawan Pacuan Empat Roda UMS (UMS 4WDVC) bercadang untuk membuat penghantaran bantuan sumbangan pada 29hb Jun (Rabu). Kepada rakan-rakan yg ingin menghulurkan sumbangan (derma ikhlas kewangan, barang-barang makanan atau pakaian) bolehlah menghantar terus sumbangan berkenaan kepada Pn Fauziah Ismail (0138883765) atau Cik Rosmina Jaafar Sidik (0138805400) di Pejabat Pentadbiran FPSK, blok A1, aras 2, bangunan FPSK selewat-lewatnya pada 28hb Jun (Selasa).
 
Untuk makluman juga, keluarga dua pelajar UMS iaitu Azmil bin Ismail dan Siti Norsyakina turut ditimpa musibah. Semoga sumbangan yang kita berikan dapat meringankan beban yang ditanggung oleh semua mangsa terlibat.
 
Mohon dimajukan kepada sahabat handai. Sekian dan terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.