PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT JARINGAN INDUSTRI DAN KOMUNITI
SUBJEK: TABUNG SUMBANGAN DANA WARGA UMS
Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Untuk makluman, Tabung Sumbangan Dana Warga UMS telah secara rasminya telah dilancarkan pada 11 November 2014. Tabung ini diwujudkan bagi menggalakkan warga UMS menyumbang sekali gus membantu pelajar yang memerlukan diberi bantuan biasiswa.
3. Sebagai usaha untuk menyemarakkan semangat filantrofi di kalangan warga UMS, Seksyen Endowmen, Pusat Jaringan Industri dan Komuniti mengalu-alukan Warga UMS untuk turut serta menyokong usaha ini dengan memberikan sumbangan untuk tujuan yang dinyatakan.
4. Sehubungan dengan itu, pihak Seksyen Endowmen memohon jasa baik Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk mewar-warkan mengenai kewujudan Tabung ini kepada staf di J/F/P/I/U masing-masing. Bersama-sama ini, dilampirkan borang sumbangan untuk rujukan dan tindakan pihak Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr/Tuan/Puan selanjutnya.
Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi Sekretariat Endowmen di talian Pejabat 088-320000 Samb: 612206/612502. Kerjasama dan perhatian Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Sekian.
Yang ikhlas,
PROF MADYA DR SIVAKUMAR KUMARESAN
Timbalan Pengarah (Endowmen)
b.p Pengarah CICN