IKLAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT (KAKITANGAN PENTADBIRAN) KUMPULAN PELAKSANA TAHUN 2016

PENGUMUMAN DARIPADA: UNIT PENGURUSAN BAKAT, SEKSYEN KEMAJUAN KERJAYA, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: IKLAN JAWATAN KENAIKAN PANGKAT (KAKITANGAN PENTADBIRAN) KUMPULAN PELAKSANA TAHUN 2016
 
Sukacita Universiti Malaysia Sabah mempelawa kakitangan yang berkelayakan, dinamik, kreatif dan inovatif untuk mengisi jawatan-jawatan kenaikan pangkat bagi Kumpulan Pelaksana seperti berikut:
 
KUMPULAN PELAKSANA
Bil
Jawatan
Gred
SSM
1
PEMBANTU LAUT
A22
2
PEMBANTU MAKMAL
C22
3
PEMBANTU MAKMAL
C26
4
PENOLONG PEGAWAI SAINS
C32
5
JURUTEKNIK KOMPUTER
FT22
6
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
FA32
7
PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)/PENOLONG JURUTERA
JA36
8
PELUKIS PELAN (KEJURUTERAAN AWAM)/PENOLONG JURUTERA
JA38
9
PEMBANTU KESELAMATAN
KP22
10
PENOLONG PEGAWAI KESELAMATAN
KP32
11
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
N22
12
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
N26
13
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
N32
14
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
N36
15
PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM
S32
16
PEMBANTU PERPUSTAKAAN
S22
17
PEMBANTU PERPUSTAKAAN
S26
18
JURURAWAT
U32
19
JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
U32
20
PENOLONG PEGAWAI FARMASI
U32
21
PEMBANTU TADBIR KEWANGAN
W22
22
PEMBANTU AKAUNTAN
W22
23
PENOLONG AKAUNTAN
W32
24
PEMANDU KENDERAAN
H14
 
__________________________________________________________________________
SYARAT UMUM KENAIKAN PANGKAT
(Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.7 Tahun 2010)
 
  1. telah disahkan dalam perkhidmatan;
  2. mencapai tahap prestasi yang ditetapkan iaitu memperolehi sekurang-kurangnya purata 80% dan ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun terkini;
  3. diperakukan oleh Ketua Jabatan;
  4. bebas daripada hukuman tatatertib;
  5. telah mengisytiharkan harta;
  6. lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  7. bebas daripada keberhutangan serius; dan
  8. syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilih Kenaikan Pangkat.
 
ASAS PERTIMBANGAN KENAIKAN PANGKAT
(Berdasarkan P.U (A) 1 “Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012” Bahagian VIII)
 
Kenaikan Pangkat adalah berasaskan merit; dan Jawatankuasa Pemilih akan mempertimbangkan calon berdasarkan perkara-perkara berikut:
 
  1. Kecekapan dan prestasi kerja;
  2. Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman;
  3. Sifat peribadi termasuk kesesuaian dengan jawatan kenaikan pangkat, keutuhan,  potensi dan kepimpinan pegawai; dan
  4. Kegiatan luar dan sumbangan pegawai kepada negara dan masyarakat.
 
Kekananan hanya akan dijadikan asas jika dua atau lebih calon diputuskan sama dari segi merit, kelayakan akademik atau pengalaman kerja yang berkaitan dengan jawatan kenaikan pangkat.

 
CARA MEMOHON
 
Pemohon hendaklah mengisi CV Online melalui Sistem HR Online di https://hronline.ums.edu.my (Permohonan Kenaikan Pangkat) bermula pada 18 Julai 2016 (Isnin).
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Ogos 2016 (Isnin).

 
MAKLUMAN/PERHATIAN
 
  • Permohonan yang tidak lengkap dan lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.
  • Permohonan kenaikan pangkat akan dianggap terbatal sekiranya didapati pemohon memberikan maklumat yang tidak benar.
  • Jawatankuasa Tapisan Bagi Kenaikan Pangkat Bukan Akademik boleh menetapkan sebarang ujian tapisan terhadap pemohon sebelum sesi temuduga diadakan.
  • Pihak Pengurusan Universiti berhak untuk menentukan penempatan bagi calon-calon yang berjaya mengikut keperluan.

 

Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Unit Pengurusan Bakat, Bahagian Sumber Manusia seperti berikut:
 
a. Puan Stella @ Nurul Martini Gontol
Penolong Pendaftar Kanan
No. Sambungan : 1437
Email    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
b. Puan Nurhanisah Binti Sinin
Pembantu Tadbir (P/O)
No. Sambungan : 1507
Email    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.





 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.