KEMPEN E-RESPON "WINNING MY STAKEHOLDERS"

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK: KEMPEN E-RESPON "WINNING MY STAKEHOLDERS"
 
Selaras dengan  Lonjakan 6: Pemantapan Tadbir Urus melalui program memenangi hati pelanggan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pemegang taruh dan pelanggan, pihak Jabatan Pendaftar melalui Bahagian Pentadbiran dan Governan telah mencadangkan kempen E-Respon "Winning My Satkeholders" dan mendapat persetujuan dalam Mesyuarat Eksekutif Jabatan Pendaftar (MEJ) Bil. 6 pada 21 Jun 2016.  Kempen ini diadakan sehingga hujung bulan Julai 2016.
 
Sehubungan dengan itu, pihak kami mengalu-alukan sebarang komen atau maklum balas pelanggan demi untuk menambahbaik perkhidmatan universiti.  Sebarang komen, aduan, atau cadangan penambahbaikan amatlah dihargai dan boleh disalurkan dalam sistem e-respon seperti yang dipaparkan dalam halaman utama website UMS atau melalui link berikut eoffice.ums.edu.my/e-respon.  Sebarang aktiviti-aktiviti JFPIU yang berkaitan dengan kempen ini amatlah digalakkan.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.