PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN TAHUN 2016 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERKARA : PENGAUDITAN PENGURUSAN KEWANGAN TAHUN 2016 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
 
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Jabatan Audit Negara Malaysia akan menjalankan Pengauditan Pengurusan Kewangan (Indeks Akauntabiliti) di UMS bermula pada 15 Ogos 2016 sehingga 26 Ogos 2016.
 
Objektif Pengauditan ini adalah untuk memastikan pengurusan kewangan UMS dijalankan dengan cekap dan teratur serta mengikut peraturan yang ditetapkan. Skop Pengauditan meliputi aspek Kawalan Pengurusan, Kawalan Bajet, Kawalan Terimaan, Kawalan Perolehan, Kawalan Perbelanjaan, Pengurusan Akaun Amanah/ Kumpulan Wang Amanah dan Deposit, Pengurusan Aset dan Stor, Pengurusan Pelaburan dan Pinjaman serta analisis Penyata Kewangan UMS.
 
Sehubungan itu, adalah diharapkan pihak YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan dapat mengemaskini maklumat berikut di peringkat JFPIU masing-masing bagi memastikan proses pengauditan dijalankan dengan lancar:
1. Buku Vot PTJ/ Penyata Penyesuaian Buku Vot
2. Kawalan Rekod dan Fizikal Aset serta Stor secara menyeluruh
3. Pengurusan Panjar Wang Runcit

- Memastikan baki tunai di tangan sama dengan rekod di Buku Panjar

- Memastikan Transaksi Panjar adalah yang terkini.

- Memastikan wang panjar disimpan di Peti Besi dan di kunci

4. Pengurusan Daftar Bil
- Daftar Bil Pembekal di cetak daripada Sistem SAGA
- Daftar Bil Kakitangan disediakan oleh JFPIU masing-masing.
 
 
Untuk makluman YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan, pengauditan yang dijalankan akan dinilai oleh Jabatan Audit Negara dalam membuat penarafan indeks akauntabiliti berasaskan kriteria yang diukur secara objektif dan tahap pematuhan terhadap Peraturan Kewangan Universiti yang berkuatkuasa.
Sebarang pertanyaan berkaitan skop Pengurusan Kewangan tersebut bolehlah berhubung Pegawai Zon Operasi Kewangan masing – masing atau Pegawai Bahagian Audit Dalam UMS atau Pegawai Jabatan Bendahari mengikut bidang pengurusan kewangan seperti berikut:
 
Bil.
Skop Pengurusan
Pegawai dihubungi
 
1.
Buku Vot PTJ/ Penyata Penyesuaian Buku Vot
 
 
1) Pn. Grace Richard
Ext: 1356
 
2) Cik Sarimah Yamin
Ext: 1269
 
2.
Kawalan Rekod dan Fizikal Aset serta Stor secara menyeluruh
 
1) Pn. Ammysiah Severinus,
Ext: 1488
 
2) Pn. Nazrah Umdan
Ext: 1722
 
3.
Pengurusan Panjar Wang Runcit
-Memastikan baki tunai di tangan sama dengan rekod di Buku Panjar
-Memastikan Transaksi Panjar adalah yang terkini.
-Memastikan wang panjar disimpan di Peti Besi dan di kunci
 
Pengurusan Daftar Bil
-Daftar Bil Pembekal di cetak daripada Sistem SAGA
-Daftar Bil Kakitangan disediakan oleh JFPIU masing-masing.
 
 
1) Pn. Muhajirah Hj. Muchlish
Ext: 1068
 
2) Pn. Clare Julius
Ext: 1334
4.
Pegawai Bahagian Audit Dalam
 
1) Pn. Halley Mison
Ext: 1728
 
Kerjasama daripada pihak YBhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan bagi membolehkan pengauditan ini dijalankan dengan lancar amatlah dihargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.