KURSUS PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS UNTUK KAKITANGAN SOKONGAN ‘ENGLISH FOR CAREER ENHANCEMENT ’

PENGUMUMAN DARIPADA
: UNIT BAHASA INGGERIS, PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA
SUBJEK
: KURSUS PEMANTAPAN BAHASA INGGERIS UNTUK KAKITANGAN SOKONGAN ‘ENGLISH FOR CAREER ENHANCEMENT’
 
TARIKH KURSUS:
29-30 OGOS 2016
 
TEMPAT:
PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA
 
YURAN PENYERTAAN:
RM100.00
 
SINOPSIS KURSUS:
Kursus Pemantapan Bahasa Inggeris untuk Kakitangan Sokongan adalah bertujuan untuk memberi peluang dan ruang kepada staf sokongan mengikuti latihan untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris khususnya dalam tugas seharian mereka. Sebagai golongan yang sebahagian besarnya merupakan ‘frontliners’ atau barisan paling hadapan dalam interaksi antara Universiti dan pihak luar, keupayaan dari segi pertuturan dan penulisan Bahasa Inggeris pada tahap yang memuaskan secara tidak langsung dapat membantu dalam meningkatkan persepsi positif dan keterlihatan warga UMS di kalangan masyarakat luar.
Kursus ini merupakan satu pakej pembelajaran yang memberi penekanan kepada penguasaan kemahiran pertuturan, penulisan dan pembacaan dalam Bahasa Inggeris di tempat kerja. Intipati struktur kursus ini berfokus kepada aspek- aspek penggunaan Bahasa Inggeris yang bersesuaian dengan bidang tugas staf sokongan. Peserta akan didedahkan kepada pemerolehan kemahiran interaksi atau komunikasi verbal, pengembangan kosa kota dan pemantapan kebolehan dalam penulisan  seperti dalam penyediaan surat rasmi, laporan dan minit mesyuarat.   
 
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pn Rose Patsy Tibok (samb. 5311)
Cik Wirawati Ngui (samb.5069)

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.