"Second Batch of SHARE Scholarship is Open for Application"

Pengumuman daripada
: Pusat Hal Ehwal Antarabangsa
Subjek
Second Batch of SHARE Scholarship is Open for Application
 
KENYATAAN AKHBAR
Untuk Hebahan Segera
 
PERMOHONAN BIASISWA SHARE KITARAN KEDUA DIBUKA SEKARANG
EU Support to Higher Education in the ASEAN Region (SHARE) Programme mengumumkan pembukaan Biasiswa bagi Kitaran Kedua bermula 1 September 2016
 
Jakarta, 8 Ogos 2016 - Bagi memperkasakan pendidikan tinggi di ASEAN melalui mobiliti pelajar, Kesatuan Eropah (EU) yang bekerjasama dengan ASEAN hari ini mengumumkan pembukaan kitaran kedua bagi biasiswa untuk kemasukan Januari-Julai 2017. Pelajar prasiswazah dari negara ASEAN yang berminat untuk mengikuti pengajian selama satu semester di negara ASEAN yang lain dipelawa untuk memohon salah satu daripada 125 biasiswa penuh yang disediakan.
 
Skim biasiswa ini (SHARE) merupakan sebahagian dari sokongan Kesatuan Eropah (EU) kepada rantau ASEAN, yang diwujudkan bagi menggalakkan mobiliti di kalangan pelajar ASEAN selain menguji kesesuaian sistem pemindahan kredit yang telah digunapakai secara meluas.
 
“Perkongsian pintar dengan Kesatuan Eropah membantu pemerkasaan pelajar berbakat untuk meneruskan kerjaya pilihan mereka, dan bertukar pandangan serta pengalaman. Pemusatan sistem pendidikan tinggi serantau yang berkesan di bawah skim biasiswa ASEAN untuk pelajar merupakan elemen utama dalam mempromosi hubungan di antara komuniti ASEAN dan menyokong usaha integrasi dalam ASEAN”, menurut H.E. Mr. Vongthep Arthakaivalvatee, Timbalan Ketua Setiausaha bagi Komuniti Sosio-Budaya ASEAN.
 
“Kesatuan Eropah (EU) berbesar hati untuk berkongsi  pakar mereka dari European Bologna Process bagi menyokong ASEAN melalui program SHARE dalam membangunkan skim biasiswa mereka sendiri dan serantau” kata Duta Kesatuan Eropah ke ASEAN, H.E. Fransisco Fontan. Beliau juga menambah bahawa skim biasiswa di bawah European Erasmus adalah diiktiraf di seluruh dunia sebagai piawaian terbaik dalam program pertukaran pelajar.  Berjuta pelajar daripada Eropah dan negara seluruh dunia telah mendapat manfaat daripada skim tersebut, bukan sahaja melalui kelayakan akademik tetapi juga dengan pengalaman yang mereka perolehi sepanjang berada di Eropah. Ini juga telah memberi kesan yang mendalam kepada pembangunan komuniti di Eropah.
 
Temy Ramadan, penerima biasiswa SHARE bagi kitar pertama dari Universitas Indonesia yang akan ke University of the Philippines berkata, “biasiswa SHARE adalah baru tetapi sangat berguna kerana ia memberikan sokongan kewangan sepenuhnya dan ini membolehkan pelajar memberikan tumpuan kepada pengajian. Melalui SHARE saya berharap untuk mendapat pendedahan melalui pengalaman tinggaldi luar negara. Pengalaman menjadi sebahagian daripada komuniti ASEAN merupakan peluang terbaik kepada pelajar untuk membina hubungan dan belajar mengenai perspektif negara luar terhadap negara sendiri dan ASEAN secara umum.  Kepada pelajar universiti yang ingin merasai pengalaman luar biasa di rantau ASEAN, saya menyarankan mereka untuk memohon biasiswa SHARE”
 
125 biasiswa penuh yang ditawarkan adalah untuk program pertukaran jangka pendek (satu semester) bagi pelajar prasiswazah di universiti yang terlibat di negara ASEAN.  Ianya terbuka kepada pelajar yang berdaftar yang telah melengkapkan 2 semester pembelajaran di universiti tersebut.  Berikut adalah senarai universiti yang telah dipilih oleh setiap Kementerian Pengajian Tinggi di negara ASEAN untuk menyertai biasiswa SHARE dan pelajar daripada universiti ini adalah digalakkan untuk memohon:
  • Cambodia: Royal University of Phnom Penh, University of Cambodia, Phnom Penh International University, National University of Management Cambodia
  • Indonesia: Universitas Indonesia, Universitas Diponegoro, Bogor Agricultural University, Bina Nusantara University
  • Laos: National University of Laos
  • Malaysia: Universiti Kebangsaan Malaysia, Taylors University Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Sabah
  • Myanmar: University of Yangon Mandalay University, Myanmar Maritime University, Yangon University of Economics
  • Philippines: University of the Philippines, University of Santo Tomas, De La Salle University, Ateneo de Manila University
  • Thailand: Chulalongkorn University, Payap University, King Mongkut's University of Technology Thonburi, Thammasat University
  • Vietnam: Viet Nam National University, Hanoi University of Science and Technology, Ho Chi Minh University of Technology and Education, Hue University
Maklumat lanjut, syarat dan tarikh akhir pemohonan boleh diperolehi melalui laman web www.share-asean.eu/scholarship
 
Dilancarkan secara rasmi pada Mei 2015, program SHARE merupakan geran tajaan Kesatuan Eropah (EU) berjumlah EURO 10 juta yang mempunyai objektif utama untuk memperkukuhkan kerjasama serantau, memperluas kualiti, meningkatkan daya saing dan pengantarabangsaan di kalangan institusi pengajian tinggi dan pelajar ASEAN serta menyumbang kepada komuniti ASEAN.  Bermula pada tahun 2016 dan seterusnya, SHARE akan menawarkan 500 biasiswa untuk pelajar universiti di ASEAN untuk menguji sistem sedia ada yang telah ditambah baik melalui pertukaran pelajar dan pengiktirafan kredit di rantau ASEAN. Untuk melaksanakan SHARE di antara 2015 hingga 2018, ASEAN telah bekerjasama dengan konsortium yang diketuai oleh British Council yang terdiri daripada DAAD , EP- Nuffic , Campus France, ENQA dan EUA.
 
###
 
Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi:
  • Pejabat Pengurusan Program SHARE / SHARE Programme Management Office

Nadya Anette, Tel.: +62 (21) 515 5561, Email address : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Sekretariat ASEAN / ASEAN Secretariat

Abigail C. Lanceta, Tel.: +62 21 726 2991 ext. 418, Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Delegation of the European Union ke Indonesia dan Brunei Darussalam

Destriani Nugroho, Tel.: +62 (0) 21 2554 6200, Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.