GOTONG-ROYONG PERDANA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)

PENGUMUMAN DARIPADA
: JAWATANKUASA PROMOSI EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK
: GOTONG-ROYONG PERDANA EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS)
PEGAWAI DIHUBUNGI
: CIK EARLENE KASAMIRA V. BT EDHAM (013-852 9292) PUAN NURUL IZZA MD NORDIN (013-8500362)
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.  Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam proses ke arah pensijilan EKSA oleh pihak MAMPU. EKSA merupakan inisiatif penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).
 
3.   Gotong-royong Perdana yang melibatkan aktiviti Sisih akan diadakan pada 19 September 2016 (Isnin) bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang di peringkat Jabatan/ Fakulti/ Pusat / Institut / Unit masing-masing.
 
4.    Setiap ketua zon dikehendaki mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas aktiviti gotong-royong tersebut dilaksanakan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Cik Earlene Kasamira (013-852 9292) atau Puan Nurul Izza (013 8500 362).
 
Kerjasama daripada pihak YBhg.Prof/Dr/Tuan/Puan didahului dengan ucapan terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.