MAKLUMAN PENYELENGARAAN MESIN PENCETAK KAD UNTUK KAD PELAJAR, STAF DAN PEKERJA KONTRAK

PENGUMUMAN DARIPADA : BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK : MAKLUMAN PENYELENGARAAN MESIN PENCETAK KAD UNTUK KAD PELAJAR, STAF DAN PEKERJA KONTRAK
PEGAWAI YANG BOLEH DIHUBUNGI:  INSP/PB RAKAM SINGH A/L KARAM SINGH (SAMB. 5144) atau PUAN MARLIANA JOHN SAMB. 1783
 
 
Adalah dimaklumkan bahawa mesin pencetak kad yang lama untuk kad pelajar, staf dan pekerja kontrak mengalami kerosakan dan sedang diselenggara oleh syarikat pembekal.
 
Bahagian ini juga dalam proses untuk memperolehi mesin pencetak kad yang baharu sebagai tambahan kepada pencetak sedia ada.
 
Sehubungan itu, buat masa ini hanya proses mengambil gambar serta data pemohon sahaja dilaksanakan sehingga mesin pencetak kad diperolehi semula.
 
Pemakluman semula akan dihebahkan apabila Kaunter Kad dapat beroperasi seperti sedia kala.
 
Waktu operasi Kaunter Kad bermula jam 8.00 Pagi hingga 4.00 Petang (Isnin Hingga Sabtu).  Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat Bahagian Keselamatan Di Talian 088-320111.
 
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali dan disusuli permohonan maaf.
 
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, Harap Maklum.