JEMPUTAN KEPADA AHLI TISC UNTUK MENYERTAI WIPO DISTANCE LEARNING COURSES

PENGUMUMAN DARIPADA: SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
SUBJEK : JEMPUTAN KEPADA AHLI TISC UNTUK MENYERTAI WIPO DISTANCE LEARNING COURSES (DL-101)                                                   
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa PPI, UMS telah menjadi Host Institution di bawah  program Technology and Innovation Support Centres (TISC). Program ini adalah kerjasama antarabangsa di antara Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bersama World Intellectual Property Organisation (WIPO). Objektif utama kerjasama ini adalah untuk pembangunan dan pengembangan inovasi dan harta intelek di Malaysia.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak WIPO Academy telah membuka pendaftaran kepada ahli TISC untuk menyertai program latihan Distance Learning (DL). Penyertaan adalah percuma, namun tertakluk kepada kelulusan pihak WIPO. Sehubungan itu,  YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah di alu-alukan untuk mendaftar bagi menyertai program tersebut dan memaklumkan kepada pihak PPI sekiranya telah mendaftar. Turut dimaklumkan bahawa, pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk memberikan komitmen serta menghabiskan latihan sekiranya memilih untuk meyertai latihan tersebut.
 
Kursus tesebut akan berlangsung secara online dan diakhir kursus akan diadakan Peperiksaan (Objektif). Setiap peserta yang menamatkan peperiksaan dengan jayanya akan diberikan Sijil Penyertaan (Digital) oleh pihak WIPO.
Berikut adalah maklumat mengenai kursus:
 
Tajuk kursus : DL-101 General Course on Intellectual Property (DL101E16S4)
Tarikh akhir Pendaftaran : 16 Oktober 2016
Tarikh mula kursus : 17 Oktober 2016
Tarikh tamat kursus : 28 November 2016
 
Bersama ini dilampirkan Tatacara Pendaftaran WIPO Distance Learning-DL101 sebagai panduan dan rujukan lanjut untuk pendaftaran. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
  1. Pegawai TISC MyIPO : En. Abdul Hafiz/ Pn. Norahzlida (No. Tel. ; 03-2299 8570/ 03-2299 8809, Email ; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  2. Urusetia TISC UMS : Dr. Azaze @ Azizi Haji Abdul Adis (No. samb. :1171, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) / Pn. Rozaidah Amir Hussein (No. samb. :1631, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.