JEMPUTAN MENYERTAI PERSIDANGAN BUKU ANTARABANGSA 2016 (MAPIM) - ANJURAN YAYASAN PEMBANGUNAN BUKU NEGARA (YPBN)

Pengumuman Daripada
: Unit Penerbitan UMS
Subjek
: Jemputan Menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016 (MAPIM) - Anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN)
 
Assalamualaikum  & Salam Sejahtera,
 
Sukacita dimaklumkan Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) dengan kerjasama Penerbit IIUM, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Gabungan Persatuan Penulis Nasional (GAPENA) dan Persatuan Penulis dan Peminat Sastera Perak (PENTAS) akan menganjurkan Expo Buku Malaysia kali ke-8, butir-butir seperti di bawah: 
 
Tarikh
14 – 18 Disember 2016

Tempat
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur
 
Bersempena itu, YPBN juga akan menganjurkan:
  1. Persidangan Buku Antarabangsa pada 14 – 15 Disember 2016
  2. Majlis Anugerah Buku Negara pada 14 Disember 2016
  3. Ekspo Industri Kreatif  pada 14 – 18 Disember 2016 
  4. Malam Gala Anugerah Telenovela pada 17 Disember 2016
Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Penganjur dengan segala hormatnya memohon sokongan dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan selaku penggiat industri perbukuan Malaysia untuk turut serta menyertai Persidangan Buku Antarabangsa 2016. 
 
Setiap penggerai yang mengambil bahagian juga diwajibkan menghantar wakil untuk menyertai program ini.
 
Bersama ini dilampirkan borang penyertaan. Borang yang telah lengkap diisi dan ditandatangani hendaklah diemail dengan kadar yang segera untuk mengesahkan kehadiran kepada secretariat.yAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau faks ke 03-20786101. Penyertaan adalah percuma sahaja.
 
Semoga kehadiran YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan ke majlis yang bersejarah ini akan menyemarakkan lagi perkembangan industri perbukuan di Malaysia.
 
Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi :-
 
1. Pn. Maznah Awang
    Tel : 012-652 4501
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
2. Pn. Rushanim Rushdi
    Tel : 019-311 8801
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.