JEMPUTAN KE SEMINAR PENERBITAN KEFAHAMAN HAK CIPTA DALAM PENERBITAN DAN PENGAJARAN

Pengumuman Daripada
: Unit Penerbitan UMS
Subjek
: Jemputan Ke Seminar Penerbitan Kefahaman Hak Cipta Dalam Penerbitan dan Pengajaran
 
YBhg. Tan Sri/Datuk/Prof. Emeritus/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
 
JEMPUTAN KE SEMINAR PENERBITAN KEFAHAMAN HAK CIPTA DALAM PENERBITAN DAN PENGAJARAN
 
Dengan hormatnya, izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2. Sukacita dimaklumkan UUM Press/Penerbit UUM akan mengadakan Seminar Kefahaman Hak Cipta dalam Penerbitan dan Pengajaran sempena Ekspo Buku Malaysia 2016 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Tentatif atur acara seminar adalah seperti berikut:
 
Tarikh
: 17 Disember 2016 (Sabtu)
Masa
: 9.00 pagi -12:30 tengah hari
Tempat
: Bilik Mawar, PWTC Kuala Lumpur
 
Atur Cara:
 
8:00 pagi
Pendaftaran/Minum Pagi
9:30 pagi
Akta Hak Cipta: Plagiat dan Hak cipta dalam Penulisan dan Pengajaran
Encik Mohamed Fairuz Mohd Pilus; Pengarah Bahagian Hak Cipta & Reka Bentuk Susun Atur Litar Bersepadu, My IPO
11:30 pagi
Karya Ilmiah dan Karya Kreatif: Keselamatan, Undang-Undang dan Masa Depan
Prof. Madya Dr. Hamedi Mohd Adnan
 
3. Sehubungan itu, YBhg. Tan Sri/Datuk/Prof. Emeritus/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dijemput untuk menghadiri seminar ini pada tarikh tersebut bagi meningkatkan kefahaman berkaitan perlindungan karya penulisan dan notapengajaran berhak cipta yang dihasilkan. Untuk makluman, penyertaan adalah PERCUMA. Mohon kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk/Prof. Emeritus/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan yang berminat untuk menyertai seminar ini agar dapat menghantar Pengesahan Penyertaan kepada: Dr. Zamimah Osman (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau Puan Nor Aziani Jamil (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.); atau faks borang penyertaan ke :04-9284792 selewat-lewatnya pada 12 Disember 2016.
 
4. Perhatian dan kerjasama YBhg. Tan Sri/Datuk/Prof. Emeritus/Dato’/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan amat dihargai. Terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.