JEMPUTAN KE FESTIVAL KERJAYA SKIM LATIHAN 1MALAYSIA (SL1M) SABAH DI PUSAT LATIHAN RELA NEGERI SABAH, KG GAYANG, TUARAN PADA 10 DISEMBER 2016

Pengumuman Daripada
: Pusat Alumni 
Subjek
: Jemputan Ke Festival Kerjaya Skim Latihan 1MALAYSIA (SL1M) Sabah Di Pusat Latihan Rela Negeri Sabah, Kg Gayang, Tuaran Pada 10 Disember 2016
 

Sekretariat Skim Latihan 1Malaysia (#SL1M), Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri akan menganjurkan sebuah Festival Kerjaya SL1M Sabah 2016 pada 10 Disember 2016 di Pusat Latihan RELA Negeri Sabah, Kg. Gayang, Tuaran, Sabah. 


Syarikat-syarikat gergasi seperti Borneo Highway PDP Sdn Bhd, UEM Group Berhad, Sime Darby Plantations, Malaysia Airports Holdings Berhad, Maybank, Shin Etsu dan lain-lain akan menawarkan peluang latihan dan pekerjaan untuk semua peringkat kelulusan dari PMR dan ke atas. 

 

Justeru itu, Pusat Alumni selaku urussetia mempelawa semua kakitangan Universiti Malaysia Sabah untuk hadir bersama-sama memeriahkan lagi program ini.

Pendaftaran dibuka seawal jam 7.30 pagi.

Selain temu duga, pelbagai aktiviti seperti pesta karnival, gerai jualan termasuk food truck, persembahan live band dari band tempatan dan cabutan bertuah hadiah menarik seperti motosikal, televisyen, mesin basuh dan macam-macam lagi menanti para pengunjung yg hadir! 

 

Nombor cabutan bertuah adalah TERHAD kepada yang hadir sebelum jam 9.30 pagi! 

Selebriti terkenal seperti Kumpulan Zero Maharaja Lawak dan Farish Aziz serta live-band juga akan berada di sana untuk memberi motivasi sambil menghiburkan para pengunjung yg hadir.

Bagi usahawan di luar sana yang berminat untuk membuka tapak jualan (kering & basah), boleh hubungi Fazillah di 088-497777.

Yuran hanya RM50 SAHAJA untuk kos pembersihan & RM150 sebagai deposit yang akan dipulangkan semula selepas program.
#SL1MOutreach #TemuDugaTerbuka #SL1MSabah

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.