MAKLUMAN PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN KAKITANGAN SECARA ATAS TALIAN

Pengumuman Daripada
: Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Makluman Permohonan Pelekat Kenderaan Kakitangan Secara Atas Talian
Pegawai Dihubungi
: INSP/PB RAKAM SINGH A/L KARAM SINGH SAMB. 5144 / 016-588 8290
: PUAN MARLIANA JOHN SAMB. 1783 / 014-993 7978
 
MAKLUMAN PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN KAKITANGAN SECARA ONLINE BAGI TAHUN 2017
 
Prof. Datuk Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan
 
Selaras dengan konsep Ecocampus, sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Keselamatan akan menjual pelekat kenderaan untuk kakitangan bermula 15 Disember 2016 secara atas talian (online).
 
Semua kakitangan universiti perlu membuat permohonan baru secara online untuk mendaftarkan maklumat kenderaan sekiranya maklumat kenderaan tidak wujud dalam permohonan lanjutan.
 
Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan MANUAL SISTEM PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN untuk rujukan dan tindakan pihak Prof. Datuk Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan selanjutnya.
 
Permohonan secara manual (walk in application) masih berjalan seperti biasa di Bangunan Bahagian Keselamatan.
 
Waktu operasi Kaunter Pelekat dan Saman bermula jam 8.00 Pagi hingga 4.00 Petang (Isnin Hingga Sabtu). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bahagian Keselamatan Di Talian 088-320111.
 
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, Harap Maklum.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.