MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) FASA 1/2017

PENGUMUMAN DARIPADA    : PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI            : SEKSYEN INOVASI, SAMB; 1171/1631/1034
SUBJEK                                    : MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) FASA 1/2017 
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan pembukaan permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2017 bermula 15 Disember 2016 secara atas talian di sistem MyGRANTS.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan melalui portal MyGRANTS; http://mygrants.gov.my. Sebagai makluman tambahan, berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
 
  • Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan PRGS (Pindaan Tahun 2017);
  • Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu RM500,000.00 dengan tempoh penyelidikan tidak melebihi dua (2) tahun;
  • Skim PRGS dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat permohonan dan telah melengkapkan projek terdahulu(berdasarkan pencapaian yang dilaporkan dalam sistem MyGRANTS);
  • Mengemaskini dan melengkapkan semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dalam profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS;
  • Setiap Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan projek penyelidikan sahaja;
  • Pemohon digalakkan untuk menyimpan salinan kertas cadangan sama ada softcopy atau hardcopy sebagai backup sekiranya system MyGRANTS bermasalah;
 
  • Tarikh-tarikh penting permohonan PRGS:
 
Tarikh
Perkara
Catatan
Tindakan
15 Dis 2016 -
15 Jan 2017
Permohonan PRGS secara online  melalui sistem MyGRANTS
 
Pemohon
16 Jan 2017 - 17 Jan 2017
Penetapan dan lantikan Panel Penilai Dalaman oleh PPI
 
berdasarkan Bidang Penyelidikan
 
00I
18 Jan 2017 - 31 Jan 2017
  1. Penilaian secara online oleh Panel Penilai Dalaman UMS
  2. Penambahbaikan kertas cadangan secara online
 
    23:59 (31 Januari; Selasa)
 
PPI, Panel Penilai dan
Pemohon
01 Feb 2017  - 14 Feb 2017
  1. Perakuan dan kelulusan peringkat PPI
  2. Penghantaran secara online melalui sistem MyGrants
 
 
PPI
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dilampirkan bersama ini carta alir proses permohonan PRGS 2017 serta garis panduan terkini untuk makluman dan rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.