MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) FASA 1/2017

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI: URUS SETIA, SAMB; 1034/4146/1065
SUBJEK : MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) FASA 1/2017 
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah mengumumkan pembukaan permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Fasa 1/2017 bermula 15 Disember 2016 secara atas talian di sistem MyGRANTS.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan melalui portal MyGRANTS; http://mygrants.gov.my . Garis panduan geran yang terkini adalah seperti dalam lampiran atau boleh juga dimuat turun melalui portal MyGRANTS. Sebagai makluman tambahan, berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
 
  • Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2017);
  • Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu RM250,000.00 dengan tempoh penyelidikan tidak melebihi tiga (3) tahun;
  • Permohonan baharu bagi mereka yang mempunyai dan mengetuai geran FRGS perlu mempunyai bukti prestasi projek mencapai 75% (berdasarkan pencapaian yang dilaporkan dalam sistem MyGRANTS); 
  • Penyelidik yang telah diluluskan projek di bawah semua Skim Geran Penyelidikan KPT hendaklah melengkapkan Laporan Prestasi di dalam sistem MyGRANTS
  • Mengemaskini dan melengkapkan semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dalam profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS;
  • Setiap Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan projek penyelidikan sahaja;
  • Pemohon digalakkan untuk menyimpan salinan kertas cadangan sama ada softcopy atau hardcopy sebagai backup sekiranya system MyGRANTS bermasalah;
  • Tarikh-tarikh penting permohonan FRGS:
 
Tarikh
Perkara
Catatan
Tindakan
15 Dis 2016 -
16 Jan 2017

Permohonan secara online  melalui sistem MyGRANTS

Sistem akan dibuka sehingga jam 23:59 (16 Jan 2017; Isnin)

Pemohon

17 Jan 2017 -22 Jan 2017

Penetapan dan lantikan Panel Penilai Dalaman oleh Urusetia Penyelidikan (PPI)

Penetapan Panel akan ditentukan

berdasarkan Bidang Penyelidikan

Urusetia PPI

23 Jan 2017 - 15 Feb 2017
Penilaian secara online oleh Panel Penilai Dalaman UMS
Penilaian kali pertama
Penambahbaikan kertas cadangan secara online
Penilaian kali kedua
Proses penilaian boleh dilakukan

lebih dari 2 kali tertakluk

kepada penambahbaikan yang dibuat oleh pemohon

Sistem akan dibuka sehingga jam 

23:59 (15 Feb 2017; Rabu)

Urusetia PPI Panel Penilai,

Pemohon

16 Feb 2017  - 28 Feb 2017

Penilaian dan perakuan peringkat PPI

  Penghantaran secara online melalui

      sistem MyGRANTS ke KPT

Urusetia PPI

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Lampiran: Garis Panduan

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.