Makluman Lanjutan Tempoh Permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2017

 
Pengumuman daripada    : Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI)
Pegawai Dihubungi   : Seksyen Inovasi, samb; 1171/1631/1034
Subjek : Makluman Lanjutan Tempoh Permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2017 
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa penghantaran permohonan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Fasa 1/2017 secara atas talian melalui sistem MyGRANTS telah dilanjutkan sehingga 5 Februari 2016 (Ahad).
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan melalui portal MyGRANTS; http://mygrants.gov.my. Garis panduan geran yang terkini adalah seperti dalam lampiran atau boleh juga dimuat turun melalui portal MyGRANTS. Sebagai makluman tambahan, berikut adalah perkara-perkara yang perlu diberi perhatian:
 
  • Kertas cadangan projek penyelidikan yang menepati kriteria penyelidikan, berkualiti dan mengikut Garis Panduan PRGS (Pindaan Tahun 2017);
  • Jumlah peruntukan yang dipohon hendaklah tidak melebihi siling yang telah ditetapkan iaitu RM500,000.00 dengan tempoh penyelidikan tidak melebihi dua (2) tahun;
  • Skim PRGS dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat permohonan dan telah melengkapkan projek terdahulu(berdasarkan pencapaian yang dilaporkan dalam sistem MyGRANTS);
  • Mengemaskini dan melengkapkan semua perkara (Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, IP, Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dalam profil penyelidik dan disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS;
  • Setiap Ketua Penyelidik hanya boleh mengemukakan satu (1) permohonan projek penyelidikan sahaja;
  • Pemohon digalakkan untuk menyimpan salinan kertas cadangan sama ada softcopy atau hardcopy sebagai backup sekiranya system MyGRANTS bermasalah;
  • Garis Panduan
  • Tarikh-tarikh penting permohonan PRGS:
Tarikh
Perkara
Catatan
Tindakan
  • 15 Dis 2016 - 5 Feb 2017
  • Permohonan PRGS secara online  melalui sistem MyGRANTS
  • Sistem boleh diakses sehingga jam 23:59; 5 Februari 2017; Ahad)
Pemohon
  • 6 Feb 2017 – 8 Feb 2017
  • Penetapan dan lantikan Panel Penilai Dalaman oleh PPI
  • berdasarkan Bidang Penyelidikan
OOI
  • 9 Feb 2017 – 19 Feb 2017
  1. Penilaian secara online oleh Panel Penilai Dalaman UMS
  2. Penambahbaikan kertas cadangan secara online
  • Sistem boleh diakses sehingga jam 23:59 (19 Februari 2017; ahad)
PPI, Panel Penilai dan
Pemohon
  • 20 Feb 2017  - 28 Feb 2017
  1. Perakuan dan kelulusan peringkat PPI
  2. Penghantaran secara online melalui sistem MyGrants
 
 
PPI
 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.