POTONGAN CUKAI SECARA BERJADUAL (PCB) KAKITANGAN UMS BAGI GAJI BULAN JANUARI 2017

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN BENDAHARI UMS
SUBJEK: POTONGAN CUKAI SECARA BERJADUAL (PCB) KAKITANGAN UMS BAGI GAJI BULAN JANUARI 2017
PEGAWAI DIHUBUNGI: SEKSYEN PERKHIDMATAN KAKITANGAN, SAMB; 1068/1330/1442/1179/1380
 
Y.Bhg Prof/ Datuk/ Datin/Dr/ Tuan/puan,
 
Adalah dimaklumkan bahawa atas sebab isu teknikal SAGA,  amaun  PCB sebahagian kakitangan UMS bagi gaji bulan Januari 2017 telah meningkat berbanding gaji bulan Disember 2016 walaupun tidak ada perubahan pada penggajian bulan ini.
 
Jabatan ini sedang menyemak isu tersebut bersama pihak vendor dan akan membuat pelarasan  dengan kadar segera.
 
Pertanyaan berkaitan isu ini bolehlah berhubung melalui emel  di alamat: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  atau telefon seperti nombor tertera.
Sebarang kesulitan amatlah dikesali.
 
Terima kasih, sekian.