HEBAHAN KLINIK AL-QURAN DAN IQRA’ SIRI 1 - ANJURAN SEKRETARIAT HELWA, PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALYSIA SABAH (PIUMS)

PENGUMUMAN DARIPADA: PUSAT ISLAM UMS
SUBJEK: HEBAHAN KLINIK AL-QURAN DAN IQRA’ SIRI 1 - ANJURAN SEKRETARIAT HELWA, PUSAT ISLAM UNIVERSITI MALYSIA SABAH (PIUMS)
 
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat HELWA, Pusat Islam UMS akan menganjurkan Klinik Al-Quran Dan Iqra’  Siri 1 (Wanita Sahaja) pada ketetapan seperti maklumat berikut:
 
Tarikh             : Bulan Februari - November 2017
Hari                : Setiap Hari Selasa Dan Khamis
Masa               : 11.30 Pagi - 12.30 Tengahari
Tempat           : Bilik Mesyuarat Pusat Islam UMS
Yuran             : RM35.00 termasuk 6% GST
                                                             
Penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua kakitangan dan pelajar UMS serta masyarakat sekitar UMS. Sehubungan dengan itu, kerjasama Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./ Tuan/Puan/Saudara/Saudari adalah dipohon agar dapat memanjangkan perkara ini kepada kakitangan di bawah seliaan Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan/Saudara/Saudari untuk menggalakkan penyertaan.
 
Bersama-sama dengan surat ini, disertakan borang penyertaan kelas tersebut seperti di lampiran. Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Ustazah Salinah Ramlee di talian H/P : 019-8421030 / Pej. : 088-320000 - Samb. 2730 / atau Ustazah Noorisah Taljid di talian H/P : 013-8306744 / Pej. :   088-320000 - Samb. 2743.                           
 
Segala kerjasama dan keprihatinan pihak Y. Bhg. Datuk/Datin /Prof./ Dr./Tuan/ Puan/Saudara/ Saudari berhubung perkara ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.