LANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN KAKITANGAN (KALI KETIGA)

Pengumuman Daripada
: Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah
Subjek
: Lanjutan Tempoh Permohonan Pelekat Kenderaan Kakitangan (Kali Ketiga)
PEGAWAI DIHUBUNGI
: Insp/Pb Rakam Singh A/L Karam Singh Samb. 5144
: Puan Marliana John Samb. 1783
 
LANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN KAKITANGAN (KALI KETIGA)
 
Prof. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan
 
Merujuk kepada Pekeliling Pendaftar Bilangan 10 Tahun 2015: Peraturan Lalu Lintas Di Dalam Kampus 2015, Bahagian III – Permohonan dan Kebenaran
 
Perkara 3.1 (3.1.1) Kakitangan atau pelajar yang bercadang menggunakan kenderaan motor di dalam kampus hendaklah, memohon kepada Naib Canselor dan mendapatkan satu kebenaran bertulis berkenaan dengannya; permohonan dan kebenaran bertulis itu hendaklah dalam borang atau kaedah sebagaimana yang ditetapkan oleh Naib Canselor.
 
Perkara 3.1 (3.1.2) Kakitangan atau pelajar yang telah mendapatkan kebenaran dan mendaftar mengikut peraturan 3.1.1 hendaklah mempamerkan di kenderaan yang telah didaftarkan itu suatu pelekat atau tanda yang ditentukan oleh Naib Canselor.
 
Perkara 3.1 (3.1.3) Kebenaran itu hendaklah diperbaharui pada setiap tahun dan peruntukan sub peraturan 3.1.1 dan 3.1.3 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu permohonan untuk pembaharuan.
 
Adalah dimaklumkan, Bahagian keselamatan sekali lagi akan melanjutkan tempoh permohonan pelekat kenderaan kakitangan pada 4 Februari 2017 sehingga 17 Februari 2017 bagi membolehkan kakitangan UMS untuk memperbaharui pelekat kenderaan.
 
Sehubungan dengan itu, Prof. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh membuat permohonan secara atas talian (online) atau terus berurusan di Kaunter Perkhidmatan, Bahagian Keselamatan (walk in).
 
Prof. Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menuntut pelekat tersebut mengikut waktu operasi Kaunter Perkhidmatan yang bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 4.00 petang (Isnin hingga Sabtu). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat Bahagian Keselamatan di talian 088-320111.
 
Tindakan penguatkuasaan akan dilakukan kepada sesiapa yang masih gagal memperbaharui pelekat kenderaan bagi tahun 2017 mulai 18 Februari 2017. (Rujuk Peraturan Lalu Lintas Di Dalam Kampus 2015, Bahagian II – Kuasa dan Perlantikan, Perkara 2.3 (a), Penguatkuasa lalu lintas mempunyai kuasa yang berikut; melarang, menghalang dan menahan mana-mana kenderaan bermotor yang tidak mematuhi peraturan 3.1 daripada memasuki kawasan kampus.
 
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, Harap Maklum.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.