PENGESAHAN MENGHADIRI MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR UMS 2017

PENGUMUMAN DARIPADA: JABATAN PENDAFTAR, UMS
SUBJEK: PENGESAHAN MENGHADIRI MAJLIS AMANAT NAIB CANSELOR UMS 2017
 
Sukacita dimaklumkan Universiti Malaysia Sabah akan mengadakan Majlis Amanat Naib Canselor UMS 2017 pada ketetapan seperti berikut:
 
                                    Tarikh             : 7 Mac 2017 (Selasa)
                                    Masa               : 7.30 Pagi – 12.00 Tengahari
                                    Tempat           : Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2
                                               
Sehubungan itu, Y.Bhg.Datuk/Prof./Tuan/Puan adalah dijemput bagi menghadiri majlis tersebut. Y.Bhg. Datuk/Prof./Tuan/Puan dikehendaki membuat pengesahan kehadiran sama ada melalui Google Form, emel atau faks kepada pihak Urusetia sebelum atau pada 6 Mac 2017 (Isnin).
 
Untuk makluman, kehadiran semua kakitangan UMS ke majlis tersebut adalah diwajibkan. Bagi kakitangan Kampus Antarabangsa Labuan (KAL), Fakulti Pertanian Lestari (FPL) dan Kampus Sikuati, Kudat, majlis tersebut boleh diikuti menerusi video conference di lokasi seperti berikut:
 
Bil
Kampus
Lokasi
1
Kampus Antarabangsa Labuan (KAL)
Dewan Kuliah, Podium D dan E
2
Fakulti Pertanian Lestari (FPL)
Dewan Serbaguna, FPL
3
Kampus Sikuati, Kudat
Bilik Tutorial 2
 
Bersama ini dilampirkan aturcara majlis dan Borang Pengesahan Kehadiran untuk rujukan dan tindakan selanjutnya Y.Bhg. Datuk/Prof./Tuan/Puan .
 
Segala perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Datuk/Prof./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Klik pautan di bawah untuk pengesahan kehadiran melalui Google Form

https://goo.gl/forms/YkhoAnvSqC51tCiU2

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.