PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI DANA PENYELIDIKAN HARTA TANAH NEGARA (NAPREC), JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (JPPH), KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PENGUMUMAN DARIPADA:  PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI:  URUS SETIA PENYELIDIKAN, SAMB  1034/4146/1065
SUBJEK:  PELAWAAN UNTUK MENGEMUKAKAN PERMOHONAN BAGI DANA PENYELIDIKAN HARTA TANAH NEGARA (NAPREC), JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (JPPH), KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera.
 
Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Dana Penyelidikan Harta Tanah Negara (NAPREC) melalui Institut Penilaian Negara (INSPEN), Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), Kementerian Kewangan Malaysia telah dibuka.
 
Sehubungan itu, Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dana penyelidikan di dalam bidang harta tanah mengikut format yang telah diberikan, dan mengemukakan borang permohonan yang telah lengkap diisi kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) sebelum atau pada 10 April 2017 (Isnin).
 
Untuk makluman Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan, keutamaan akan diberikan kepada penyelidikan yang boleh memberi impak kepada pembangunan harta tanah negara dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Disertakan bersama ialah surat pelawaan, garis panduan dan borang permohonan untuk makluman dan perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.
 
Lampiran:

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.