PAUTAN KE PORTAL MyHEALTH, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PERHUBUNGAN KORPORAT

SUBJEK: PAUTAN KE PORTAL MyHEALTH, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

 

Tuan\Puan,
 
Merujuk kepada perkara di atas, Kementerian Kesihatan Malaysia berhasrat untuk meluaskan lagi penyampaian maklumat kesihatan kepada masyarakat umum menerusi internet.
 
Untuk makluman tuan/puan, Bahagian Pendidikan Kesihatan telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan Portal MyHEALTH seterusnya bersama-sama KKM dalam usaha memastikan visi perkhidmatan kesihatan tercapai.
 
Oleh yang demikian, jasa baik daripada pihak tuan/puan adalah dipohon untuk meletakkan pautan di portal pihak tuan/puan ke Portal MyHEALTH (http://www.myhealth.gov.my/). Ini bertujuan untuk memudahkan dan melancarkan lagi penyampaian maklumat kesihatan kepada masyarakat umum secara berkesan dari segenap arah. 
 
Bersama-sama ini disertakan logo MyHEALTH (sebagai logo pautan) dan risalah untuk menerangkan lebih lanjut maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan di portal MyHEALTH. 
 
Segala komitmen dan sokongan yang diberikan oleh pihak tuan/puan diharap akan menjayakan usaha murni ini sekaligus meningkatkan kepercayaan masyarakat umum terhadap Portal MyHEALTH sebagai sumber maklumat kesihatan yang komprehensif, boleh dipercayai, tepat dan terkini yang merangkumi aspek pencegahan, rawatan dan pemulihan yang dibangunkan oleh pakar tempatan. 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.