Pengumuman Daripada | : Jabatan Hal Ehwal Pelajar |
Subjek | : Iklan Jawatan Pengetua dan Felo Kolej Kediaman UMS |
IKLAN JAWATAN
Kepada kakitangan UMS yang berkelayakan dan berminat untuk menyumbang bakti dalam hal-hal berkaitan dengan pengurusan dan pembangunan sahsiah pelajar di kolej kediaman adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut :
PENGETUA
KELAYAKAN :
i) Terbuka kepada Kakitangan Akademik dan Bukan Akademik (Kumpulan Pengurusan dan Profesional) Gred 44 dan ke atas serta berjawatan tetap.
ii) Minat yang tinggi untuk memimpin dan membantu dalam aspek kebajikan dan pembentukan sahsiah pelajar
iii) Sedia berkhidmat setiap masa
iv) Mempunyai personaliti positif
v) Memikul tanggungjawab untuk mengetuai pengurusan kolej kediaman
vi) Sihat tubuh badan
FAEDAH & KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN:
- Elaun
- Sebuah rumah yang dilengkapi kemudahan asas. (wajib menginap di rumah kediaman yang disediakan)
FELO
KELAYAKAN :
- Kakitangan Akademik / Bukan Akademik berjawatan tetap / kontrak pusat (Pendaftar).
- Pelajar Pascasiswazah Aktif dalam Pengajian Sepenuh Masa Sahaja.
- Sedia membantu pengetua /timbalan pengetua dalam urusan pembangunan sahsiah pelajar.
- Sedia berkhidmat setiap masa
- Sihat tubuh badan
- Wajib mendapatkan kebenaran/sokongan dari dekan/ketua JFPIU.
- Keutamaan kepada pemohon yang mempunyai kenderaan dan berstatus bujang.
FAEDAH & KEMUDAHAN YANG DIBERIKAN :
- Kediaman percuma (wajib menginap di kediaman yang disediakan)
* Pemohon yang memenuhi syarat dan tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.
Borang Permohonan boleh diperolehi di Bahagian Perumahan dan Hospitaliti, Jabatan Hal Ehwal Pelajar.
Borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang diperlukan hendaklah dihantar semula ke Bahagian Perumahan dan Hospitaliti, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Bangunan Anjung Siswa. Selewat-lewatnya pada 17 April 2017 (Isnin).
Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Puan Nursyarina @ Susan Justin Lanak di talian 088-320000 samb 4171.
Borang Permohonan Pengetua (.pdf)
Borang Permohonan Felo (.pdf)