PENDAFTARAN GERAN PENYELIDIKAN YANG DITERIMA ATAU MASIH AKTIF TAHUN 2016

PENGUMUMAN DARIPADA :   PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
                                               
PENGUMUMAN KEPADA  :   SEMUA KAKITANGAN AKADEMIK
           
SUBJEK   :     PENDAFTARAN GERAN PENYELIDIKAN YANG DITERIMA ATAU MASIH AKTIF TAHUN 2016
 
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin /  Prof.,
 
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
 
2.       Sukacita dimaklumkan, Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) sedang dalam proses akhir mengemaskini data Malaysia Research Assessment (MyRA) bagi tahun 2016 untuk dikemukakan ke pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
 
3.       Sehubungan itu, kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. adalah dipohon agar dapat mendaftarkan geran penyelidikan yang diterima atau masih aktif tahun 2016 (yang tidak direkodkan di PPI) dengan mengisi Borang R1 dan mengemaskini dalam sistem SMPPPI di url http://ppi.ums.edu.my/SMPPPI/Default.aspx sebelum atau pada 6 April 2017.
 
4.       Untuk makluman, data penyelidikan ini juga akan digunakan untuk penilaian Anugerah Penyelidik UMS (APUMS), kenaikan pangkat dan lain-lain rekod berkaitan. Sebarang permohonan pendaftaran geran bagi tahun 2016 selepas tarikh ini tidak akan dilayan.
Segala kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / Prof. berhubung perkara ini amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.