PEMBUKAAN PERMOHONAN PROGRAM MALAYSIA "LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION" (MYLAB) 1/2017, JABATAN PENDIDIKAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (KPT)

Pengumuman Daripada
: Seksyen Pengurusan Inovasi Pusat Penyelidikan Dan Inovasi(PPI)
Subjek
Pembukaan Permohonan Program Malaysia Laboratories For Academia-Business Collaboration (MYLAB) 1/2017, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT)
 
YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Seperti yang YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan telah sedia maklum,  Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah melancarkan program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) sebagai langkah menyahut hasrat kerajaan untuk meningkatkan jaringan kolaborasi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan sektor industri. Program MyLAB menyasarkan pertumbuhan teknologi dan inovasi tempatan serta pemindahan ilmu dan sumber secara sistematik.
 
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa pihak KPT telah membuka permohonan MyLAB 1/2017 kepada semua Universiti Awam bermula 1 April 2017. Berikut merupakan ringkasan maklumat penting berkenaan pembukaan ini ;
 
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Tarikh buka
- 1 April 2017
2.
Tarikh Akhir (PPI)
Tarikh Akhir (KPT)
- 9 Jun 2017
- 30 Jun 2017
3.
Borang & Garis Panduan
- Muat turun daripada laman web MyGRANTS: http://mygrants.gov.my/
4.
Penghantaran permohonan ke PPI
- 2 salinan borang & dokumen hardcopy (untuk penilaian peringkat UMS)
- 1 salinan Softcopy borang & dokumen dalam CD/ Pendrive (untuk dimajukan kepada KPT setelah selesai penilaian)
5.
Penyelidik bersama
- Universiti Swasta & Institut Penyelidikan boleh menjadi ahli kolaborasi projek
6.
Urusetia PPI
1) Dr. Azaze @ Azizi bin Haji Abdul Adis ; Ext. 1171, email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2) Pn. Rozaidah Amir Hussein ; Ext. 1631, email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3) Cik Masrina binti Maujar ; Ext. 1034, email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
Dilampirkan Borang Permohonan dan Garis Panduan MyLAB untuk makluman dan rujukan lanjut di pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan.
 
Sekian, terima kasih.
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.