PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PERKHIDMATAN AKADEMIK
SUBJEK: DENDA LEWAT PEMULANGAN JUBAH PENSYARAH BERKUATKUASA PADA MAJLIS KONVOKESYEN KE-19 UMS TAHUN 2017
Y. Bhg. Datuk/ Datin/ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa mulai Majlis Konvokesyen Ke-19 UMS tahun 2017 denda lewat pemulangan jubah pensyarah iaitu RM10.00 sehari akan dikuatkuasakan dan pengiraan denda bermula dua minggu selepas majlis konvokesyen berlangsung.
Kerjasama dan perhatian Y.Bhg. Datuk/ Datin/ Prof/ Dr./ Tuan/ Puan dalam perkara ini sangat dihargai.
Sekian harap maklum.