SESI TAKLIMAT BERKENAAN PERMOHONAN PROJEK MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2017, JABATAN PENDIDIKAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI

PENGUMUMAN DARIPADA   :   SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI

SUBJEK  :    SESI TAKLIMAT BERKENAAN PERMOHONAN PROJEK MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLAB) 1/2017, JABATAN PENDIDIKAN TINGGI, KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI                                

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan,

Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.

Seperti YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan telah sedia maklum, pihak KPT telah membuka permohonan Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) 1/2017 kepada semua Universiti Awam mulai 1 April 2017 sehingga 30 Jun 2017.

Sehubungan itu, pihak KPT akan mengadakan satu Sesi Taklimat Berkenaan Permohonan Projek Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (MyLAB) 1/2017 pada ketetapan seperti berikut:

Tajuk                     : 18 Mei 2017

Masa                     : 2.30 – 5.00 petang

Lokasi                    : Dewan Jamuan Menteri, Kementerian Pendidikan Tinggi, Aras 15, No.2,

                               Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5, 62200 Putrajaya.

YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan yang berhasrat untuk memohon MyLAB 1/2017 adalah dialu-alukan untuk menghadiri sesi taklimat tersebut. Segala kos perbelanjaan bagi mengahadiri sesi taklimat tersebut adalah dibawah tanggungan masing-masing dan tertakluk kebenaran ketua jabatan masing-masing.

Bersama ini dilampirkan surat makluman program serta borang pengesahan kehadiran daripada pihak KPT untuk rujukan lanjut dipihak YBrs. Prof./ Dr./ Tuan/ Puan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi urusetia berikut:

Cik Nurul Nadheerah Baharudin : No. Tel. ; 03-8870 6954,

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.