JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH DAN KEMPEN KESEDARAN SIBER

PENGUMUMAN DARIPADA
:     FAKULTI KOMPUTERAN DAN INFORMATIK
SUBJEK
:     JEMPUTAN MENGHADIRI CERAMAH DAN KEMPEN KESEDARAN SIBER (CyberSAFE)
 
Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Komputeran dan Informatik, Universiti Malaysia Sabah dengan kerjasama CyberSecurity Malaysia akan mengadakan Ceramah dan Kempen Kesedaran Siber (CyberSAFE) pada ketetapan berikut:
 
SESI 3 : 19 MEI 2017 (JUMAAT)  
 
CERAMAH
 
8.30 pagi  :           
Pendaftaran Peserta Sesi 3
9.00 pagi -12.00 tengahari  :             
Ceramah Kesedaran Siber Sesi 3 & Aktiviti Kesedaran Siber
(Bilik Kuliah 1), Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
Tajuk Ceramah :  Program CyberSAFE
 
 
SESI 4: 19 MEI 2017 (JUMAAT) 
 
CERAMAH
 
2.00 petang  :       
Pendaftaran Peserta Sesi 4
2.30 petang - 4.30 petang  :
Ceramah Kesedaran Siber Sesi 4 & Aktiviti Kesedaran Siber
(Bilik Kuliah 1), Pusat Persediaan Sains dan Teknologi
Tajuk Ceramah :  Program CyberSAFE
 
 
 
Penyertaan : Terbuka kepada masyarakat Sabah
 
Mata MyIDP akan diberikan kepada kakitangan UMS yang hadir.
 
Ceramah sangat bermanfaat untuk mengetahui jenis-jenis jenayah siber dan cara mencegah daripada menjadi mangsa jenayah siber. 
 
Antara pengisiandan aktiviti lain yang menarik adalah seperti berikut berikut ;
1) Data Recovery Service (mendapatkan semula data yang hilang dalam thumb drive, memory card, hard disc) - PERCUMA
2) Data Sanitization (mencuci data dalam thumb drive, memory card, hard disc secara total tanda dapat dikesan semula) - PERCUMA
3) Latihan Teknikal & Keusahawanan - PERCUMA (TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA)
4) Kaunter Perkhidmatan Pemulihan Data & Siber 999 (Bilik Tutorial 3), : 8.30 pagi - 4.30 petang 

Untuk maklumat lebih lanjut atau sebarang keterangan serta pertanyaan mengenai perkara di atas, sila hubungi Pn. Ida Haslinda Muljana (088-320000 samb. 613710)

Segala perhatian dan kerjasama Y.Bhg. Prof. Datuk/Datin/Prof. Dr./Dr./Tuan/Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
 
Sekian.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.