MAKLUMAN SEKATAN KEMUDAHAN KLINIK PANEL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PENGUMUMAN DARIPADA:     BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN, JABATAN PENDAFTAR
SUBJEK:     MAKLUMAN SEKATAN KEMUDAHAN KLINIK PANEL UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
 
Y.Bhg. Prof./Dr./Tuan/Puan,
 
 Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
 2.       Adalah dimaklumkan bahawa, Jawatankuasa Tadbir Urus Klinik Panel Bil.1/2017 pada 19 Mei 2017 telah bersetuju untuk membuat sekatan kepada kakitangan yang melebihi had peruntukan klinik panel di dalam sistem MyHealth.
 
3.       Sehubungan itu, kakitangan UMS disarankan agar membuat permohonan tambahan peruntukan had rawatan klinik panel sekiranya peruntukan telah melebihi had peruntukan tahunan yang telah disediakan. Borang Tambahan Peruntukan Had Rawatan Klinik Panel UMS boleh di muat turun di laman web pendaftar (http://www.ums.edu.my/pendaftar/v3/images/dload/borang/Borang%20Permohonan%20Penambahan%20Peruntukan%20Had%20Rawatan%20Klinik%20Panel.pdf).  
 
Perhatian dan kerjasama pihak Y.Bhg. Prof./Dr./Tuan/Puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.