PEMBUKAAN KAUNTER SEMAKAN LAPORAN KREDIT MELALUI SISTEM CCRIS

Pengumuman Daripada
: Jabatan Bendahari
Subjek
: Pembukaan Kaunter Semakan Laporan Kredit Melalui Sistem CCRIS
 
Kaunter Semakan Laporan Kredit Melalui Sistem CCRIS
Jabatan Bendahari UMS dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyediakan Kaunter Semakan Laporan Kredit melalui Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) secara percuma kepada semua staf Universiti Malaysia Sabah seperti ketetapan berikut:

Tarikh             :           12 Jun 2017 (Isnin)

Masa              :           2.30 petang sehingga 4.30 petang

Tempat           :           Foyer Aras 3, Blok Utara, Bangunan Canselori UMS

Semua staf adalah dijemput hadir dan jangan lupa membawa bersama MyKad anda semasa menyemak laporan kredit.
 
Apakah Itu Laporan Kredit?
Laporan Kredit mengandungi maklumat kredit peminjam seperti yang berikut:
1) Kredit Belum Berbayar
  • Semua kemudahan kredit yang masih belum berbayar, yang diperoleh peminjam, sama ada di bawah:
    • nama sendiri;
    • akaun bersama dengan peminjam lain;
    • nama keempunyaan tunggal atau perkongsian yang peminjamnya merupakan pemilik perkongsian atau perniagaan tersebut;
    • nama badan profesional yang peminjamnya merupakan anggota badan profesional tersebut; atau
    • nama syarikat.
 
2) Akaun Di Bawah Pemerhatian Khas
  • Semua kemudahan kredit belum berbayar yang di bawah pengawasan rapi institusi kewangan peserta.

 

3) Permohonan Kredit
  • Semua permohonan yang telah diluluskan kepada peminjam dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan permohonan peminjam yang masih dalam proses untuk diluluskan.

 

Siapa yang Perlu Menyemak Laporan Kredit?
  • Mana-mana individu, untuk laporan kreditnya sendiri; dan
  • Mana-mana individu untuk mendapatkan laporan kredit syarikat milik sendiri iaitu keempunyaan tunggal, perkongsian atau badan professional.

 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.