PENGUMUMAN DARIPADA: BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN GOVERNAN, JABATAN PENDAFTAR
KEPADA : KAKITANGAN AKADEMIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SUBJEK : IKLAN KEKOSONGAN BAGI JAWATAN TIMBALAN NAIB CANSELOR (AKADEMIK DAN ANTARABANGSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
YBhg. Datuk / Dato’ / Prof.,
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) mempelawa kakitangan akademik yang berminat bagi mengisi kekosongan jawatan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) di Universiti ini dengan mengemukakan:
a) Curriculum Vitae’ (CV) yang lengkap dan terkini beserta gambar berukuran pasport; dan
b) Perancangan strategik sekiranya dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa).
Tarikh tutup permohonan adalah pada 16 Julai 2017 (Ahad) dan sila kemukakan permohonan kepada PENDAFTAR, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, JALAN UMS 88400 KOTA KINABALU, SABAH. Bersama ini dilampirkan hebahan iklan berkaitan untuk perhatian YBhg. Datuk / Dato’ / Prof.
Kerjasama YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. mengenai perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
Lampiran: