MAKLUMAN AWAL BAGI PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat) FASA 2/2017

PENGUMUMAN DARIPADA:  PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI (PPI)
PEGAWAI DIHUBUNGI:  URUS SETIA PENYELIDIKAN, SAMB; 613826/613808/613802
SUBJEK:  MAKLUMAN AWAL BAGI PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN GERAN BANTUAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (UMSGreat) FASA 2/2017

Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan,
 
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan untuk Geran Bantuan Penyelidikan Pascasiswazah (UMSGreat) Fasa 2/2017 bakal dibuka bermula pada sesi pendaftaran pelajar pascasiswazah diadakan, iaitu 21 Ogos 2017 (Isnin).
 
Sehubungan itu, jasa baik Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengemukakan permohonan mengikut format yang diberikan, dan mengemukakan permohonan yang lengkap kepada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI) dalam tempoh tiga (3) minggu setelah sesi pendaftaran pelajar tersebut dibuka.
 
Disertakan bersama ialah Garis Panduan UMSGreat berserta borang permohonan untuk rujukan dan perhatian Y.Bhg. Prof./Datuk/Datin/Dr./Tuan/Puan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, pihak Urus Setia (u.p.: Pn. Zainoriah Matnoor / Cik Norshaniera Stee) bolehlah dihubungi di talian telefon (samb.) 613826 / 613808.
 
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.