JEMPUTAN KEPADA AHLI TISC UNTUK MENYERTAI LATIHAN DISTANCE LEARNING (DL) BAGI OGOS TAHUN 2017

PENGUMUMAN DARIPADA:           SEKSYEN PENGURUSAN INOVASI , PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
 
SUBJEK:           JEMPUTAN KEPADA AHLI TISC UNTUK MENYERTAI LATIHAN DISTANCE LEARNING (DL) BAGI OGOS TAHUN 2017     
 
YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
 
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak WIPO Academy telah membuka pendaftaran kepada ahli TISC untuk menyertai program latihan Distance Learning (DL). Dibawah kerjasama TISC, pihak WIPO akan menanggung kos pendaftaran dengan memberikan biasiswa bagi setiap kursus yang berjaya disertai. Tiada had kuota bagi pendaftaran peserta, namun penyertaan tertakluk kepada kelulusan pihak WIPO dan setiap peserta hanya boleh mengambil maksima 2 kursus dalam satu masa.
 
Sehubungan itu,  YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah di alu-alukan untuk mendaftar bagi menyertai program tersebut dan memaklumkan kepada pihak PPI sekiranya telah mendaftar. Turut dimaklumkan bahawa, pihak YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dimohon untuk memberikan komitmen serta menghabiskan latihan sekiranya memilih untuk meyertai latihan tersebut. Kursus tesebut akan berlangsung secara online dan diakhir kursus akan diadakan Peperiksaan (Objektif/ Subjektif). Setiap peserta yang menamatkan peperiksaan dengan jayanya akan diberikan Sijil Penyertaan (Digital) oleh pihak WIPO.
 
Setiap peserta perlu melengkapkan Borang Digital di https://goo.gl/df1E1d disamping borang yang WAJIB diisi di laman web WIPO, https://welc.wipo.int/index_en.php untuk memudahkan proses saringan dipihak MyIPO dan sebagai rekod penyertaan. YBrs. Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dinasihatkan mendaftar SEBELUM 10 Ogos 2017 memandangkan tempat adalah terhad.
 
Bersama ini dilampirkan Jadual Distance Learning, Lampiran (Annex 1), dan Tatacara Pendaftaran sebagai panduan dan rujukan lanjut. Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut:
 
  1. Pegawai TISC Malaysia : En. Abdul Rahman Ramli / En. Abdul Hafiz/ Pn. Norahzlida (No. Tel. ; 03-2299 8814/ 03-2299 8570/ 03-2299 8809, Email ; Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
  2. Urusetia TISC UMS : Dr. Azaze @ Azizi Haji Abdul Adis (No. samb. :613803, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) / Pn. Rozaidah Amir Hussein (No. samb. :613806, Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
 
Sekian, terima kasih.

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.