AUDIT PENSIJILAN EKSA DARI MAMPU

PENGUMUMAN DARIPADA :    JAWATANKUASA INDUK EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PEGAWAI DIHUBUNGI :     ENCIK SAMSUIDIN NURDIN (013-854 7078) CIK EARLENE KASAMIRA V. BT EDHAM (013-852 9292) PUAN ADIZAH MAHSAR (016-836 3551) PUAN NORAZAH HAMZAH (019- 870 1712) PUAN NURUL IZZA BINTI MD NORDIN (013-850 0362)

AUDIT PENSIJILAN EKSA DARI MAMPU

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Audit Pensijilan EKSA oleh pihak Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) akan berlangsung pada ketetapan seperti berikut :

 

Tarikh   :  10- 13 Oktober 2017 (Kampus Induk)  

 16- 17 Oktober 2017 (Kampus Labuan dan Kampus Sandakan).

  23 Oktober 2017 Sesi Laporan dan Penutupan Audit

 

3. Untuk makluman, EKSA merupakan inisiatif penambahbaikan pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Matlamat ini adalah selaras dengan KRA4 : Memperkukuh Sistem Penyampaian dan seiring dengan lonjakan ke 7 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi) 2015-2025 iaitu Ekosistem Inovasi.

4.   Sehubungan itu, bagi menjayakan pensijilan tersebut, dimohon kerjasama semua Ketua Jabatan di Jabatan/Fakulti/Pusat/Institut/Unit agar dapat memastikan persediaan Pensijilan EKSA mengikut Garis Panduan EKSA UMS yang telah diedarkan dan seterusnya UMS mendapat Pensijilan EKSA 2017

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.