IKLAN DALAMAN KENAIKAN PANGKAT (AKADEMIK)

PENGUMUMAN DARIPADA
JABATAN PENDAFTAR, UMS
SUBJEK
IKLAN DALAMAN KENAIKAN PANGKAT (AKADEMIK)
 
Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan sukacitanya mempelawa kakitangan akademik yang berkelayakan, dinamik, kreatif dan inovatif untuk mengisi jawatan kenaikan pangkat seperti berikut:
 
PROFESOR MADYA (GRED DS54) & PROFESOR MADYA PERUBATAN (GRED DU54
 
KELAYAKAN UMUM KENAIKAN PANGKAT
 
(i)  Telah disahkan dalam perkhidmatan;
(ii) Mencapai tahap prestasi (LNPT) yang ditetapkan iaitu memperolehi purata sekurang-kurangnya 80% dan ke atas bagi tempoh tiga (3) tahun berturut-turut (tidak termasuk tempoh cuti belajar);
(iii) Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
(iv) Berjawatan tetap;
(v) Bebas dari tindakan tatatertib.
 
SYARAT KHUSUS
 
Syarat Kenaikan Pangkat ke Jawatan Profesor Madya Gred DS54 / Profesor Madya Perubatan Gred DU54
                                                                                               
(i)         Memenuhi syarat di perenggan (A) di atas;
 
(ii)        Telah berkhidmat sekurang-kurangnya 3 Tahun sebagai Pensyarah Kanan Gred DS 51/52 / Pensyarah Kanan Perubatan Gred DU 51/52  (tidak termasuk tempoh cuti belajar selepas dilantik ke Pensyarah Kanan/ Pensyarah Kanan Perubatan);
 
(iii)       Membuktikan tahap prestasi yang cemerlang dalam dua kriteria utama seperti di bawah mengikut skop masing-masing, khususnya selepas kenaikan pangkat ke jawatan terdahulu.
 
(a) Pencapaian Akademik
  • Pengajaran dan Penyeliaan;
  • Penyelidikan dan Penerbitan;
  • Sanjungan serta Perundingan; dan
  • Kepimpinan Akademik dan Perundingan

 

(b) Khidmat Masyarakat
 
Calon telah memberi sumbangan di luar tugas hakiki secara signifikan dalam pengurusan dan pembangunan UMS. Sumbangan yang signifikan merujuk kepada khidmat bakti yang banyak dan berterusan. Khidmat masyarakat di luar universiti juga diambilkira dalam kriteria ini
 
(iv)       Mempunyai pengalaman berkaitan yang luas dalam bidang-bidang berkenaan;
 
(v)        Mempunyai kualiti peribadi yang tinggi.
 
MALUMAT TAMBAHAN:
 
  1. Maklumat terperinci berhubung kriteria-kriteria kenaikan pangkat hendaklah dirujuk pada Garis Panduan Kenaikan Pangkat Kakitangan Akademik Universiti Malaysia Sabah (Edisi Kedua) yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Pihak Berkuasa Pengurusan Universiti (PBPU) Bil.7/2013 (Kali Ke-162) dan Mesyuarat Lembaga Pengarah Universiti Kali Ke-55.
  2. Permohonan melalui talian https://hronline.ums.edu.my (Permohonan Kenaikan Pangkat) boleh dibuat bermula pada 28 September 2017  (Khamis). Sila gunakan ID pengguna dan kata laluan HR-Online untuk daftar masuk sistem ini.
  3. Mohon perhatian kepada semua kakitangan akademik yang ingin memohon agar menyemak dan mengemaskini data di dalam CV-Online sebelum menghantar permohonan untuk mengelakkan sebarang ketidaktepatan pada data.
 
Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan urusetia kenaikan pangkat akademik seperti berikut:
 
1. Encik Razmi Awang Osman
Penolong Pendaftar
Nombor Sambungan: 1106
      Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
2. Puan Nurhanisah Sinin
Nombor Sambungan: 1507
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
3. Sistem CV Online:
Encik Ag. Azihar @ Ag. Ku Azihar Bin Ag. Tangah
Nombor Sambungan: 1087
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
4. Sistem SMPPI:
Puan Zainoriah Matnoor
Penolong Pendaftar
Nombor Sambungan: 613808
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 
Tarikh tutup permohonan adalah pada 27 Oktober 2017 (Jumaat)
 

IKUTI KAMI @

CAPAIAN PANTAS

  •  Direktori Kakitangan
  • Direktori Kepakaran
  • Portal Kakitangan
  •  Portal Pelajar
  •  SmartUMS
  •  E-Respon
  •  VirtualTour@UMS
  •  UMS Institutional Repository
  •  Tempahan Ruang

PAUTAN LAIN

  •  Peta UMS
  • Data Terbuka
  • Portal Kerajaan Negeri Sabah
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
  • MAMPU
  • Portal Kerajaan Malaysia (MyGov)
  • UMS Investment Holdings Sdn. Bhd.