MAKLUMAN TARIKH AKHIR PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN DAN PAS PEMANDU GRAB/UBER

Pengumuman Daripada
: Bahagian Keselamatan
Subjek
: Makluman Tarikh Akhir Permohonan Pelekat Kenderaan dan Pas Pemandu GRAB/UBER
Pegawai Dihubungi
: INSP/PB Rakam Singh A/L Karam Singh Samb. 5144
: Puan Marliana John Samb. 1783
 
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Bahagian Keselamatan Universiti Malaysia Sabah akan mula mendaftarkan pemandu GrabCar dan Uber yang beroperasi di dalam kampus ini.
 
Sehubungan itu, semua individu (Pelajar/Staf/Orang Awam) yang terlibat dalam perkhidmatan GrabCar dan Uber adalah dikehendaki untuk mendaftar dengan Bahagian Keselamatan bagi mendapatkan pelekat kenderaan serta pas pemandu.
 
Bahagian ini akan mengadakan pemeriksaan pelekat dan pas pemandu GrabCar dan Uber di sekitar kampus bermula 16 Oktober 2017 (Isnin).
 
Tindakan yang sewajarnya akan di ambil terhadap individu (Pelajar/Staf/Orang Awam) yang gagal mematuhi arahan ini.
 
Bersama-sama dengan ini, dilampirkan borang yang berkaitan untuk dilengkapkan.
 
Waktu operasi Kaunter bermula jam 8.00 Pagi hingga 5.00 Petang (Isnin Hingga Jumaat). Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pejabat Bahagian Keselamatan Di Talian 088-320111.
 
Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, Harap Maklum.
 
5. PETA GRAB/ UBER (.pdf)